,
Berita

Johan As'ari Pernah Bertemu P Ramlee Dalam Bas Mini

Elrafaei Sapi
15/01/2019
07:42 MYT
Setiap individu pastinya mempunyai cerita peribadi yang jarang dikongsi dengan orang lain seperti mana yang pernah dilalui pelakon popular, Johan As'ari sebelum bergelar pelakon.
Pelakon filem Tujuh ini berkongsi satu cerita yang dianggap pengalaman istimewa berlaku pada dirinya suatu ketika dulu.
"Pada masa itu saya belum berlakon lagi. Suatu malam saya tidur dan bermimpi menaiki bas mini lama.
"Ada konduktor bas pada masa itu tapi suasana di dalamnya seperti kelabu, hitam dan putih. Tiada warna kecuali Allahyarham Tan Sri P Ramlee," katanya kepada Astro Gempak.
Sambungnya, P Ramlee dalam mimpinya itu duduk di barisan hadapan di tengah bas.
"Beliau kemudian menoleh dan senyum ke arah saya. Saya terbangun dari tidur dan berkata - Ya Allah mimpi P Ramlee dan saya seronok dapat berjumpa dengannya meskipun hanya dalam mimpi," katanya.
Ujarnya, selepas mimpi tersebut dia menerima tawaran menjadi pelakon untuk drama bersiri, Juvana.
"Sebelum itu saya ada pergi ke uji bakat drama Juvana. Saya bukan kata saya P Ramlee tapi ia adalah kenangan bertemu P Ramlee.
"Saya tak nak cerita pada siapa takut nanti orang lain beranggapan saya sengaja mereka cerita," katanya.
Johan yang bakal muncul dengan filem tiada tajuk arahan Mawi pada April nanti tidak menganggap diri sendiri sebagai pelakon terbaik tapi berharap semua manusia menjadi terbaik untuk mengadap Allah suatu hari nanti.
"P Ramlee seorang pelakon dan saya juga pelakon. Apabila orang lain mengangkat beliau sebagai Seniman Agung, saya rasa seronok dan ia juga rezeki buat saya sebagai pelakon.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @johanarrif
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

“Bila Dengar Luahan Masalah Orang, Buat Saya Rasa Lebih Bersyukur” - Mawi

gempak
27/08/2024
15:46 MYT
Penyanyi dan penyampai ZAYAN, Mawi akui segmen ‘Bukan Nama Sebenar’ di platfom radio berkenaan banyak mengajarnya erti bersyukur.
Filem

Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”

gempak
25/07/2024
04:50 MYT
Walaupun filem Zim Zim Ala Kazim mendapat kutipan melebihi RM3 juta namun penyanyi dan pengarah, Mawi, 43, juga tidak terlepas daripada menerima kritikan.
Hiburan

Kecoh Persembahan Maal Hijrah Dengan Robot, Ini Respons Penyanyi Mawi - "Saya Hanya Dijemput Untuk ..."

gempak
09/07/2024
06:59 MYT
Penyanyi dan penyampai radio, ZAYAN, Mawi menjelaskan mengenai penglibatannya di acara sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan yang berlangsung baru-baru ini.
BorakSeeni