Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Johan Ghazali Kurang Senang Dengan Netizen Gemar Kaitkan Rokok Dengan Bersukan - "Orang Selalu Tanya Saya Kalau Hisap..."

Asyraf Roslan 12/05/2025 | 08:55 MYT

Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali meluahkan rasa kurang senang terhadap sesetengah pihak yang sering mengaitkan penggunaan rokok dan vape dengan keupayaan seseorang untuk menjadi atlet.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo, menegur secara tegas individu yang mengajukan soalan yang dianggap tidak wajar dan sensitif.

“Orang selalu tanya saya kalau hisap vape atau rokok boleh jadi fighter ke, boleh training ke. Kau ni g*y ke, nak kena hisap-hisap. Nak hisap vape la, rokok la, tak boleh hidup tanpa hisap, pelik betul kau ni.
“Tolong jangan tanya soalan b*doh boleh tak, kau g*y sangat ke nak kena hisap sini sana. Saya tahu saya banyak kawan yang hisap sini sana, saya tak kisah. Ini memang untuk kau kalau kau kawan aku dan hisap vape senang cerita kau g*y, sudah-sudahlah hisap tu,” tegasnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kurang senang dengan jawapan yang diberikan malah ada yang beranggapan Jojo tidak menjawab soalan yang diberikan kepadanya.
“Jawapan macam dma islam.
“Ait. Jauh betul tersasar dengan Soalan 😅. Macam sesuatu pulsk dia ni😅. Takottt...

“Jauh panggang dari api, lain soalan lain jawapan... Hisap vape/rokok dengan hisap² pun 2 perkara yang berlainan, Jojo amende tu?

“Apa kaitan hisap rokok/vape dgn g*y? lagi satu, org tanya tu jwblah elok-elok.

“Bole collab dgn dma islam.

“Orang tanya ja pun tu Jo..lek laaa,” tulis netizen
Bagaimanpun, ada juga netizen yang bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Jojo.
“Saya 100% setuju dengan jojo 🔥🔥🔥
“Hahaha bunyi jahat tpi ada point gak jojo ni
“Tergamam sebentar pagi² ni, teguran paling PADU ..🤣🤣🤣. Terima kasih atas teguran,” kata netizen.
#Rokok #Vape #Muay Thai #Jojo Ghazali