Pelawak Shahrol Shiro meluahkan rasa terharu apabila sahabat baiknya aktor Johan Raja Lawak datang melawat dirinya yang kini berada di Kluang Johor.

Menurut Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 38, dia baru berkesempatan bertemu dengan Johan sejak penyampai radio itu berhenti daripada Era FM.

Menerusi laman sosial Instagram, Shahrol memuat naik video momen pertemuan tersebut untuk tatapan umum.

“Sejak @jozlynnhanania dah takde kat radio banyak masa boleh jalan-jalan sampai ke Kluang. Banyak masa juga satu nikmat. Terima kasih sahabat singgah ke @ngepotkabin.

“Mohon maaf jika ada kekurangan. Insyallah kita jumpa lagi brother. Semoga terus diberkati dan dirahmati buat kamu sekeluarga,” tulis Shahrol di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi 45 saat itu menunjukkan Johan sempat melawat restorannya yang terletak di Kluang.

Dalam pada itu, Johan turut dibawa melawat di kawasan premis tersebut.

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)


Sementara itu di ruangan komen, Johan dilihat meninggalkan komen kata-kata semangat buat Shahrol untuk terus berjaya dalam bidang perniagaan.

“Semoga berjaya sahabat. Syukur alhamdulillah, nanti nak bawa anak-anak pulak. Yang pasti semua food sedap,” sokong Johan.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 180,000 tontonan daripada wargamaya.

Sekadar info, Johan dan Shahrol merupakan pelawak yang lahir daripada program Raja Lawak dan kekal bersahabat baik sehingga ke hari ini.