Johan Setuju Jadi Pasangan Sharnaaz Ahmad Dalam MLM 2016?

Ahmad Shah
Februari 18, 2016 09:35 MYT

Pelawak dan penyampai radio ERA fm, Johan memberi amaran kepada Sharnaaz Ahmad menerusi sebuah video di akaun Instagram miliknya.

Pantang betul orang dok sebut-sebut nama aku! Dah cukup ilmu di dada ke nak join aku? Korang kenal ke sape mamat nih? Aku malas nak bagi direct korang teka je la!,” tulis Johan menerusi kapsyen di video milik Instagramnya.

Menurut Johan lagi, dia bersedia untuk bekerjasama dengan Sharnaaz dalam MLM 2016 tetapi dengan beberapa syarat.

Baru menang sekali (Anugerah Lawak Warna 2015) dah kecoh. Takkan nak tunjuk semua anugerah yang saya pernah menang.

Okay lah, nak join boleh tapi pastikan dia jangan jadi sotong, pendekar atau jebat ke. Saya tak nak,” jelas Johan tegas.

Rata-rata pengikut Instagram Johan memberi respon positif dan bersetuju pelawak itu bergandingan dengan Sharnaaz.

Mereka juga sudah tidak sabar untuk menyaksikan kemunculan mereka berdua di pentas MLM 2016.

Terdahulu, Sharnaaz telah memuat naik sebuah video di Instagram miliknya menyatakan hasrat untuk menyertai MLM 2016.

#Johan Raja Lawak #Sharnaaz Ahmad #Maharaja Lawak Mega 2016