Hiburan

Johan Tilawah Al-Quran, Farhatul Fairuzah Kongsi Ciri Peribadi Suami Yang Buat Dirinya Tertarik - “Pertama Sebab…”

gempak
Umirah Halim
18/12/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Johan Tilawah Al-Quran, Farhatul Fairuzah Kongsi Ciri Peribadi Suami Yang Buat Dirinya Tertarik - “Pertama Sebab…”

Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 yang juga personaliti TV, Farhatul Fairuzah berkongsi ciri-ciri peribadi yang membuatkan dirinya tertarik untuk bergelar isteri kepada Mohammad Ilham Amri.

Kongsi ciri-ciri

Nor Farhatul Fairuzah Panut, 24, berkongsi perkara tersebut menerusi satu video di akaun TikTok jurugambar perkahwinan mereka.

@budak.tadika Tak sangka pd awal nyaaa farha rasa macamtu pada ilham ?? #fypシ #fypシ゚viral #wedding #farhatulfairuzah #ilhamamri ♬ original sound - Budak Tadika

Malah, suami, Ilham Amri juga sempat berkongsi ciri-ciri yang menyebabkan dirinya terpikat dengan Farhatul.

“Pertama nampak macam bertanggungjawab lah. Kedua sebab comel. Ketiga matang,” ujar Farhatul.

“Seorang yang ceria, punya ilmu pengetahuan pada Al-Quran yang sangat bagus, dia baik hati,” jawab Ilham.

BERITA TRENDING: Dengan Sekali Lafaz, Farhatul Fairuzah Selamat Bergelar Isteri Kepada Ustaz Ilham

BERITA TRENDING: [VIDEO] Siti Nurhaliza Selawat Dengan Juara Tilawah Al-Quran Buat Netizen Melting ; “Masha-Allah Sedapnya Suara”

Dalam pada itu, pasangan tersebut turut sempat menitipkan ucapan manis dan harapan buat perkahwinan mereka.

“Semoga Ilham Amri boleh jaga saya dengan baik, bersabar.

“Semoga awak juga dapat jadi isteri yang bertanggungjawab, faham pada agama,” ujar mereka.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen turut mendoakan kebahagian pasangan ini.

“Suka la tengok diorang. Nampak sejuk tenang, besederhana, Faham agama. Suka. Moga Allah berkati pernikahan Farhatul Fairuzah & Ilham Amri. Amiin.

“Pipi aku cramp tengok semoga Allah lindungi pasangan ni, bahagia sampai syurga amiin.

“Comelnya. Semoga berbahagia hingga syurga Farha,” komen beberapa netizen.

Terdahulu, pada Sabtu lalu, Farhatul berkongsi kegembiraannya yang kini bergelar isteri kepada Mohammad Ilham Amri yang merupakan seorang ustaz selain mutawif di sebuah syarikat pelancongan dan umrah terkemuka di media sosial.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024