Johanis Sani Lancar Koleksi Pakaian Sesuai Untuk TikTokers!
Asraf Aided
02/09/2020 08:26 MYT
02/09/2020 08:26 MYT
Personaliti media sosial, Johanis Sani akui sangat suka berkongsi video di aplikasi TikTok.
Malah menurut Johanis, dia juga selalu menari di luar ketika cuaca panas terik dalam beberapa video TikTok yang dihasilkan.
Justeru, perkara itu mencetuskan inspirasi kepada Johanis untuk menggunakan material selesa dalam penghasilan koleksi pakaian jenama miliknya, Jinks.
"Sebelum ini saya aktif di YouTube, tetapi sekarang saya juga minat menghasilkan video di TikTok.
"Kadang-kadang, saya akan menari di luar ketika cuaca panas terik, jadi, koleksi pakaian jenama saya ini memang menggunakan 95 peratus 'cotton' dan 5 peratus 'latex'.
"Material sebegini sesuai untuk rakyat Malaysia dan mereka yang suka buat video TikTok seperti saya," katanya kepada Gempak.
Johanis berkata demikian ketika ditemui di Laun-Jink Party sempena melancarkan jenamanya itu baru-baru ini.
Tambah Johanis, Jinks juga meraikan kepelbagaian saiz badan dan menawarkan potongan baju yang turut sesuai dipakai oleh mereka yang tidak memiliki tubuh langsing.
"Jinks meraikan kepelbagaian saiz badan, rekaan kami turut menawarkan saiz XL, malah saiz XL ini juga masih berbentuk 'baggy' dan sesuai dipakai oleh mereka yang tidak memiliki tubuh langsing," katanya lagi.
Majlis itu dihadiri oleh barisan personaliti media sosial dan selebriti tempatan antaranya Kasih Iris Leona, Alya Iman, Sharifah Rose dan ramai lagi.