Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

John Legend Sifatkan Siti Nurhaliza & Yura Yunita Penyanyi Hebat, Teruja Ditemani Di Konsert

Maliah Surip
04/10/2024 15:00 MYT
Penyanyi antarabangsa, John Legend sedang mempersiapkan diri untuk konsert yang dijadual berlangsung di Sentul International Convention Centre, Bogor, Indonesia pada 6 Oktober ini.

Menerusi konsert yang diberi judul An Evening With John Legend: A Night of Songs And Stories, Legend akan ditemani oleh dua penyanyi jemputan yang cukup terkenal.

Mereka adalah penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pelantun Tutur Batin, Yura Yunita.

Meski nama penyanyi jemputan diberikan pihak penganjur, namun Legend teruja serta mahu keduanya ikut serta di dalam konsert yang bakal diadakan kerana menyukai Siti dan Yura.

“Penganjur yang memperkenalkan Siti dan Yura kepada saya. Saya diperdengarkan dengan beberapa muzik mereka yang diputarkan penganjur dan saya menyukainya.

“Tentu sahaja saya tidak boleh berkata tidak untuk memiliki dua penyanyi wanita hebat ini dalam konsert saya.

“Jadi saya fikir adalah sesuatu yang menyenangkan jika mereka menemani saya di konsert. Siti dan Yura akan jadi pelengkap yang bagus buat saya,” kata Legend menerusi temu bual bersama Kompas.



Penyanyi asal Amerika Syarikat itu bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai rancangan bersama Yura dan Siti.

BERITA TRENDING: Tingginya Pengorbanan Seorang Ibu, Chrissy Teigen Bicara Kepedihan Kehilangan Anak Ketiga

Namun dia berjanji akan menyampaikan lagu-lagu hitnya seperti All of Me, Ordinary People dan Tonight.

Legend sebelum ini sudah beberapa kali melakukan persembahan di Indonesia termasuk menyertai Java Jazz Festival 2010 dan KTT G20 di Bali pada 2022.

BERITA TRENDING: Dikutuk Ketiak Hitam, Penyanyi Yura Yunita: “Ada Masalah Ke…”

BERITA TRENDING: “Paling Indah, Kuala Lumpur Lokasi Pertama Konsert Saya” - Lepas 10 Tahun, Yura Yunita Tunai Janji Peminat

BERITA TRENDING: “Saya Suka Sebab Itu Saya Buat, Kalau Tidak…” - Siti Nurhaliza Jawab Tuduhan Netizen Kata Tak Ada Job

#Penyanyi #Viral #Konsert #Siti Nurhaliza #Indonesia #John Legend #Yura Yunita
;