Johnny Depp Derma Bayaran Saman RM4 Juta Amber Heard Untuk Kebajikan
Maliah Surip
20/12/2022 14:45 MYT
20/12/2022 14:45 MYT
Aktres yang juga mantan isteri Johnny Depp, Amber Heard akhirnya bersetuju untuk membayar saman selepas dirinya didapati bersalah memfitnah aktor tersebut dalam satu artikel yang disiarkan pada 2018 lalu.
Lewat artikel yang disiarkan Washington Post itu, Heard mengejutkan dunia apabila mendakwa menjadi mangsa penderaan sepanjang berkahwin dengan Depp, sebelum mereka bercerai pada 2017.
Kenyataan itu dikongsikan Heard, melalui akaun Instagramnya. Bintang Aquaman itu dipercayai akan membayar sejumlah $1 juta atau RM4.43 juta kepada Depp, seperti yang diperintahkan mahkamah.
Memetik kenyataan tersebut, Heard mengatakan dia akur dengan perintah mahkamah kerana telah hilang kepercayaan terhadap sistem perundangan Amerika Syarikat, meski telah memfailkan rayuan terhadap kes tersebut.
“Walaupun rayuan dibuat dan berjaya, keputusannya pasti tidak memuaskan. Saya tidak lagi boleh melaluinya,” kata Heard seperti dilaporkan media tempatan.
Sementara itu, pihak peguam Depp menyambut baik persetujuan wanita berusia 36 tahun tersebut membayar saman yang dikenakan terhadapnya dan menutup buku terkait isu yang telah membuat klien mereka sengsara.
Mereka juga mengatakan aktor berusia 59 tahun tersebut akan mendermakan wang saman itu untuk tujuan kebajikan.