Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Jojo Ghazali Segak Berbaju Melayu Di Amerika Syarikat, Ready Masuk Gelanggang Esok!

Amri Hassan
05/09/2024 10:21 MYT
Peninju Muay Thai popular tempatan, Johan Ghazali mencuri tumpuan apabila menggayakan sepersalinan baju Melayu pada sesi temubual sebelum acara ONE 168 yang dijadualkan berlangsung esok.

Dalam hantaran di Instagramnya, Johan atau lebih popular dengan panggilan Jojo menyarung busana baju Melayu berwarna hijau gelap dari jenama tersohor tempatan Bulan Bintang.

Hal itu sekali gus menambat perhatian warganet termasuk tetamu dan petugas media yang hadir ke sesi temubual terbabit.



"Sampai ke US pakai baju Melayu. Good luck Jojo.

"Terima kasih awak telah meMelayukan luasan dunia.

"Semart tang baju nayu nah mung.

"The man on top mission!

"Semoga dipermudahkan segala urusan serta selalu dibantuNYA," tulis beberapa warganet.

Pada 6 September ini, Johan berentap di gelanggang ONE 168: Denver bertemu dengan petinju dari Mexico, Josue ‘Tuzo’ Cruz.



Untuk rekod, sejak Johan sertai ONE Championship, beliau tidak pernah tewas dalam lima pertarungan.

Sehinggalah beliau bertemu Nguyen Tran Duy Trat, seorang petinju berpengalaman dari Vietnam. Johan tewas selepas tiga pusingan dalam satu pertarungan yang berlangsung pada awal Jun lalu.
#Amerika Syarikat #Baju Melayu #Muay Thai #Bulan Bintang #Jojo Ghazali