Hollywood

Joker Terima 11 Pencalonan Dalam Anugerah Oscar Ke-92

Asraf Aided
14/01/2020
11:12 MYT
Senarai akhir pencalonan untuk Anugerah Academy atau Oscar telah diumumkan pada Isnin malam dan filem arahan Todd Phillip mencuri tumpuan satu dunia apabila filem Joker mendapat 11 pencalonan, lapor AWANI.
Antara kategori pencalonan yang melayakkan filem dengan kutipan sehingga hampir AS$1 billion (RM4.07 bilion) itu antaranya adalah bagi kategori filem terbaik, pengarah terbaik bagi Phillips dan kategori pelakon terbaik bagi Joaquin Phoenix.
Manakala filem 1917 yang menempa kemenangan dalam Anugerah Golden Globe baru-baru ini turut mengekori rapat apabila tercalon sehingga 10 pencalonan dalam Oscar kali ini.
Dua filem ini bakal bersaing dengan tujuh lagi filem yang tidak kurang hebatnya iaitu Ford vs Ferrari, The Irishman, Jojo Rabbit, Little Women, Once Upon a Time in Hollywood, Marriage Story, dan Parasite dalam kategori filem terbaik.
Dalam pada itu, apa yang menjadi kebanggaan buat rakyat Malaysia ialah salah satu daripada pencalonan tersebut, terdapat satu-satunya filem dokumentari pendek yang diterbitkan oleh rakyat Malaysia.
Ia merupakan filemn pendek St. Louis Superman yang berjaya tersenarai dalam kedudukan lima terbaik untuk kategori Dokumentari Pendek Terbaik.
Berikut merupakan senarai pencalonan yang bakal melayakkan diri ke upacara berprestij pada 9 Februari ini:
Filem Terbaik:
Ford v Ferrari The Irishman Jojo Rabbit Joker Little Women Marriage Story 1917 Once Upon a Time in Hollywood Parasite
Aktor Terbaik:
Antonio Banderas (Pain and Glory) Leonardo DiCaprio (Once Upon a Time in Hollywood) Adam Driver (Marriage Story) Joaquin Phoenix (Joker) Jonathan Pryce (The Two Popes)
Aktres Terbaik:
Cynthia Erivo (Harriet) Scarlett Johansson (Marriage Story) Saoirse Ronan (Little Women) Charlize Theron (Bombshell) Renee Zellweger (Judy)
Pembantu Aktor Terbaik:
Tom Hanks, (A Beautiful Day in the Neighborhood) Anthony Hopkins, (The Two Popes) Al Pacino, (The Irishman) Joe Pesci, (The Irishman) Brad Pitt, (Once Upon a Time in Hollywood)
Pembantu Aktres Terbaik:
Kathy Bates, (Richard Jewell) Laura Dern, (Marriage Story) Scarlett Johansson, (Jojo Rabbit) Florence Pugh, (Little Women) Margot Robbie, (Bombshell)
Pengarah Terbaik:
Martin Scorsese, (The Irishman) Todd Phillips, (Joker) Sam Mendes, (1917) Quentin Tarantino, (Once Upon a Time in Hollywood) Bong Joon Ho, (Parasite)
Filem Animasi Terbaik:
(How to Train Your Dragon: The Hidden World) Dean DeBlois (I Lost My Body) Jeremy Clapin (Klaus) Sergio Pablos (Missing Link) Chris Butler (Toy Story 4) Josh Cooley
Filem Animasi Pendek Terbaik:
(Dcera) Daria Kashcheeva (Hair Love) Matthew A. Cherry (Kitbull) Rosana Sullivan (Memorable) Bruno Collet (Sister) Siqi Song
Filem Adaptasi Terbaik:
(The Irishman) Steven Zaillian (Jojo Rabbit) Taika Waititi (Joker) Todd Phillips, Scott Silver (Little Women) Greta Gerwig (The Two Popes) Anthony McCarten
Layar Skrin Asli Terbaik:
(Knives Out) Rian Johnson (Marriage Story) Noah Baumbach (1917) Sam Mendes and Krysty Wilson-Cairns (Once Upon a Time in Hollywood) Quentin Tarantino (Parasite) Bong Joon-ho, Jin Won Han
Sinematografi Terbaik:
(The Irishman) Rodrigo Prieto (Joker) Lawrence Sher (The Lighthouse) Jarin Blaschke (1917) Roger Deakins (Once Upon a Time in Hollywood) Robert Richardson
Dokumentari Terbaik:
(American Factory), Julia Rieichert, Steven Bognar (The Cave), Feras Fayyad (The Edge of Democracy), Petra Costa (For Sama), Waad Al-Kateab, Edward Watts (Honeyland), Tamara Kotevska, Ljubo Stefanov
Dokumentari Pendek Terbaik:
(In the Absence), Yi Seung-Jun and Gary Byung-Seok Kam (Learning to Skateboard in a Warzone), Carol Dysinger (Life Overtakes Me), Kristine Samuelson and John Haptas (St. Louis Superman), Smriti Mundhra and Sami Khan (Walk Run Cha-Cha), Laura Nix
Filem Aksi Pendek Terbaik:
(Brotherhood), Meryam Joobeur (Nefta Football Club), Yves Piat (The Neighbors’ Window), Marshall Curry (Saria), Bryan Buckley (A Sister), Delphine Girard
Filem Antarabangsa Terbaik:
(Corpus Christi), Jan Komasa (Honeyland), Tamara Kotevska, Ljubo Stefanov (Les Miserables), Ladj Ly (Pain and Glory), Pedro Almodovar (Parasite), Bong Joon Ho
Suntingan Filem Terbaik:
(Ford v Ferrari), Michael McCusker, Andrew Buckland (The Irishman), Thelma Schoonmaker (Jojo Rabbit), Tom Eagles (Joker), Jeff Groth (Parasite), Jinmo Yang
Suntingan Audio Terbaik:
(Ford v Ferrari), Don Sylvester (Joker), Alan Robert Murray (1917), Oliver Tarney, Rachel Tate (Once Upon a Time in Hollywood), Wylie Stateman (Star Wars: The Rise of SkyWalker), Matthew Wood, David Acord
'Sound Mixing' Terbaik:
Ad Astra Ford v Ferrari Joker 1917 Once Upon a Time in Hollywood
Reka Bentuk Produksi Terbaik:
(The Irishman), Bob Shaw and Regina Graves (Jojo Rabbit), Ra Vincent and Nora Sopkova (1917), Dennis Gassner and Lee Sandales (Once Upon a Time in Hollywood), Barbara Ling and Nancy Haigh (Parasite), Lee Ha-Jun and Cho Won Woo, Han Ga Ram, and Cho Hee
Skor Asli Terbaik:
(Joker), Hildur Guðnadóttir (Little Women), Alexandre Desplat (Marriage Story), Randy Newman (1917), Thomas Newman (Star Wars: The Rise of Skywalker), John Williams*“The King,” Nicholas Britell
Lagu Asal Terbaik:
I Can’t Let You Throw Yourself Away (Toy Story 4) I’m Gonna Love Me Again (Rocketman) I’m Standing With You (Breakthrough) Into the Unknown (Frozen 2) Stand Up (Harriet)
Mekap dan Dandanan Terbaik:
Bombshell Joker Judy Maleficent: Mistress of Evil 1917
Kostum Terbaik:
(The Irishman), Sandy Powell, Christopher Peterson (Jojo Rabbit), Mayes C. Rubeo (Joker), Mark Bridges (Little Women), Jacqueline Durran (Once Upon a Time in Hollywood), Arianne Phillips
Kesan Visual Terbaik:
Avengers Endgame The Irishman 1917 The Lion King Star Wars: The Rise of Skywalker
Sumber : Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Lelaki Ngaku Tiru Watak Joker! Simbah Asid, Tikam Orang Ramai & Bakar Gerabak Kereta Api

gempak
02/11/2021
13:12 MYT
Pastu dia boleh kecewa sebab ada mangsa tak meninggal dunia...
Laman Utama

Begini First Look Jared Leto sebagai Joker

gempak
10/02/2021
08:33 MYT
Terkini

Filem Roh Wakil Malaysia Ke Anugerah Oscar

gempak
05/11/2020
01:15 MYT
Selamat berjuang untuk Malaysia!
Laman Utama

Popcorn Time! Ford Vs Ferrari & Joker Antara Filem Hebat Anda Boleh Layan Hujung Minggu Ini!

gempak
18/09/2020
11:53 MYT
Enjoy movie dengan family!
Hollywood

Joker Raih Pencalonan Terbanyak Oscars 2020

gempak
04/02/2020
11:44 MYT