Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Jokowi Turun, Anak Gibran Rakabuming Jadi Wakil Presiden RI Termuda Dalam Sejarah

Maliah Surip
20/10/2024 07:25 MYT
Jokowi mungkin sudah tidak lagi menjadi pemimpin rakyat Indonesia selepas 10 tahun apabila Prabowo Subianto dengan rasmi dilantik memegang jawatan Presiden RI untuk fasa 2024-2029.

Tidak keseorangan, Prabowo ditemani Wakil Presiden RI iaitu Gibran Rakabuming.

Menariknya, Gibran adalah anak sulung kepada Jokowi.

Malah Gibran mencatat sejarah baharu Indonesia apabila menjadi Wakil Presiden RI paling muda yang pernah dilantik di republik tersebut.

Saat menerima mandat sebagai Wakil Presiden RI pada 20 Oktober 2024, Gibran hanya berusia 37 tahun.

Usianya jauh lebih muda daripada wakil presiden yang pernah dilantik sebelum ini iaitu Muhammad Hatta yang dilantik di usia 43 tahun.

Sebelum menjadi wakil presiden atau wapres, Gibran merupakan Wali Kota Surakarta pada 2021-2024.

Di luar dunia politik, Gibran memiliki beberapa rangakian perniagaan terutama kulinari.

Dia sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.
#Indonesia #Jokowi #Anak Gibran Rakabuming #Jokowi turun
;