eGG Network’s Alliance of Campus Esports (ACE) telah sampai ke penghujungnya apabila diakhiri oleh acara ACE Championship yang diadakan pada 8 dan 9 Disember baru-baru ini bertempat di Sunway Velocity Mall.

Pemenang utama untuk permainan video Mobile Legends dan Dota 2 iatu pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sunway University masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM 8000.





ACE mula dilancarkan pada September lalu bertujuan untuk melahirkan lebih pelajar golongan muda yang mahir dalam bidang Esports ini. Dengan adanya sokongan dari Majlis Sukan Negara Malaysia, ACE kini dalam perancangan untuk kembali dengan musim yang kedua, pastinya akan menyediakan lebih aktiviti menarik kepada peserta.

Lee Choong Khay, Ketua Bahagian Sukan Astro :

“Dengan adanya sokongan dari Majlis Sukan Negara, eGG Network akan terus berusaha untuk mengembangkan bidang Esports di Malaysia. Menerusi pelbagai inisiatif , ACE telah mendapat sambutan dari lebih 50,000 pelajar dari 40 buah university di Malaysia.”

Thai Khye Wayn, Presiden MMU Melaka Esports Club :

“Ia sememangnya satu pengalaman yang sangat menarik kerana dapat membantu proses belakang tabir acara ini. ACE merupakan satu platform yang baik buat pelajar yang ingin memantapkan kemahiran mereka dan untuk mendapat lebih pengalaman baharu.

Ashif Halaj Bin Abdul Majid, Kapten Ultra Instinct UKM ( ACE Musim Pertama MLBB Champion) :

ACE melahirkan ramai bakat baru yang bersaing secara positif bersama pelajar dari university yang berbeza. Jika sukan tradisional telahpun wujud bertahun lamanya, kini tibalah masa untuk Esports menyerlah.

KFC Value Bowls merupakan salah satu penaja utama untuk acara ini! Play like a boss, Win like a boss, Eat like a boss!

Anda boleh memilih dari empat jenis KFC Value Bowls mengikut citarasa tersendiri. Anda boleh menikmati KFC Hot & Spicy Zinger Chunks sepuas-puasnya dalam setiap hidangan KFC Value Bowls ini. Saiz hidangannya juga amat praktikal dan mudah dibawa kemana-mana sahaja!

Kalau macam tu, ACE musim kedua nanti boleh lah main game sambil menikmati KFC Value Bowls ni?

Ya, tepat sekali! Keenakkan setiap hidangan KFC Value Bowls ini boleh dinikmati dengan hanya menggunakan satu garfu sahaja.

Mahukan Hidangan Ringkas Dan Enak?



Ini jawapannya! KFC Original Go Bowl ini disediakan untuk anda yang mahukan sesuatu yang ringkas. Anda boleh menikmati gabungan KFC Crispier Fries bersama KFC Hot & Spicy Zinger Chunks berserta sos dan ‘chilli flakes’ yang enak!

Anda Mahu Hidangan Yang Lebih Power?

KFC Loaded Go Bowl ini amat sesuai untuk anda! Nikmati KFC Crispier Fries yang rangup bersama KFC Hot & Spicy Zinger Chunks berserta mayonis bersama KFC Cheezy Sauce. Hidangan ini ternyata mampu memberi kepuasan dalam hanya satu bekas!

Sukakan Sesuatu Yang Lebih Mencabar Dan Extra?



KFC Curry Lava Rice Bowl adalah hidangan yang mampu memberi kepuasan! Nikmati limpahan kuah kari bersama Colonel Rice yang memberi aroma melazatkan. Pada masa yang sama, anda dapat menikmati KFC Hot & Spicy Zinger Chunks yang digabungkan sekali dalam hidangan ini.

Mahukan Letusan Rasa Yang Hebat?



Hidangan KFC Loaded Potato Bowl ini adalah hidangan yang anda nantikan selama ini! Semuanya digabungkan dalam satu bekas. Anda boleh menikmati kentang putar penuh berkrim, jagung manis kernel, KFC Hot & Spicy Zinger Chunks berserta KFC Cheezy Sauce dan mayonis yang nyata meletuskan rasa yang sangat enak!

Kesemua hidangan KFC Value Bowls ini sangat praktikal untuk dinikmati tidak kira dimana anda berada. Sekarang, tidak perlu risau lagi jika anda berasa lapar ketika sedang asyik bermain permainan video kerana anda telah menemui hidangan yang terbaik, sangat cepat dan mudah!

Harga untuk semua hidangan ini bermula dari RM 3.90, sangat berpatutan dan bersesuaian dengan bajet perbelanjaan harian pelajar, apa tunggu lagi? Dapatkannya di restoran KFC berhampiran!