Anda mahu berbuka puasa secara percuma ala Dataran Masjid Nabawi dan berpeluang untuk bertemu pelakon-pelakon terkenal yang membintangi seleksi drama popular?

Inilah masanya! Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Karnival Karangkraf Meriah Bersama Astro yang akan bertempat di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam pada 1 hingga 3 Jun ini (Jumaat hingga Ahad).

Program yang bercorakkan rehlah di dataran terbuka ini akan berlangsung untuk tiga hari bermula dari jam 2 petang hingga 2 pagi.


Antara yang akan turut membuat penampilan istimewa adalah Didi & Friends, Omar & Hana serta Cheek-E.


Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk membawa pulang cenderemata khas Piala Dunia dan baucar Go Shop.

Sumber: Astro Awani