Advertorial
Jom Countdown Tahun Baru 2025 Di The Exchange TRX! Ada Henry Lau, Capital Cities, Joe Flizzow, SonaOne & Barisan Artis Hebat Lain
Tahun 2024 sudah hampir melabuhkan tirainya, buat anda yang masih mencari lokasi menarik untuk menyambut ambang tahun baru, The Exchange TRX bakal menganjurkan Countdown Tahun Baru Paling Spektakular.
Pengunjung boleh nikmati malam yang penuh hiburan dengan persembahan artis antarabangsa dan tempatan, pertunjukan bunga api dan laser, serta peluang untuk beramal dalam suasana festival yang penuh kemeriahan. Yang penting masuk adalah percuma!
Countdown Bersama Barisan Artis Antarabangsa & Tempatan Hebat
Bagi acara kemuncak iaitu konsert akan dimeriahkan dengan kemunculan artis terkenal antarabangsa dan tanah air termasuk bekas ahli Super Junior - M, Henry Lau,kumpulan duo pop Amerika dari Los Angeles, Capital Cities, Joe Flizzow & SonaOne, Daiyan Trisha, Yuji ft. Putri Dahlia, Saint Kylo, NYK, K-Town Clan, P A L E N C I A, Aidaho dan Ashley Lau.
Beramal untuk Tujuan Kebajikan
Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk menyertai kempen kebajikan “Do Good, Feel Good” bersama Kechara Soup Kitchen.
Berikut merupakan cara untuk menyumbang:
Anda boleh memberi sumbangan kepada komuniti Orang Asli di Malaysia menerusi Food Mission dengan mudah di tapak acara atau laman rasmi Kechara menggunakan kod ‘TRXNYE’ sewaktu pembayaran.
Berikut merupakan info lokasi buat para pengunjung:
Raintree Plaza
- General Zone: Terbuka kepada semua dengan pemandangan utama pentas dan suasana festival.
- Members Zone: Akses eksklusif untuk ahli Lendlease Plus MY (tahap Patron dan ke atas) dengan lokasi strategik berdekatan pentas.
TRX City Park
Ruang mesra keluarga yang menawarkan pemandangan indah bunga api. Ahli Lendlease Plus MY (tahap Enthusiast dan ke atas) juga boleh menikmati akses eksklusif ke Viewing Lawn di Sunlight Plaza untuk pengalaman lebih istimewa.
Makan, Beli-Belah & Nikmati 2025 di The Exchange TRX
Sementara nak countdown detik 12 malam, anda juga boleh menikmati pengalaman membeli-belah, makan malam dan memanjakan diri di lokasi-lokasi stor tersebut.
Bukan itu sahaja, operasi pembukaan bagi 70 kedai juga akan dilanjutkan sehingga 1:00 AM.
- Beli-belah Lewat Malam: Teroka jenama popular seperti Kate Spade New York, Coach, Aesop dan banyak lagi.
- Hidangan Istimewa: Nikmati makanan di restoran seperti Warung Eropa, Two Sons - The Loft dan Tarbush Restaurant.
- Rawat Diri: Pengunjung juga boleh manjakan diri anda di Givenchy Beauty, Helena Rubinstein atau Thai Odyssey.
Jadi, jangan lupa untuk ajak keluarga dan rakan-rakan anda untuk raikan ambang tahun baru 2025 di The Exchange TRX untuk rasai kemeriahan yang pasti tidak dapat dilupakan.
Info penting buat pengunjung: Masuk adalah percuma tetapi dengan konsep siapa cepat dia dapat. Jadi, pastikan anda buat persediaan awal dan rancang waktu anda sebaiknya.
- Waktu beratur: 12:00PM
- Pintu Dibuka: 4:30 PM | Persembahan Bermula: 5:00 PM
Waktu Operasi:
- The Exchange TRX: 10:00 AM – 1:00 AM
- TRX City Park: 8:00 AM – 1:00 AM (ditutup sementara dari 2:30 PM – 4:30 PM)
Pengangkutan:
- MRT: Laluan Kajang & Putrajaya dilanjutkan hingga 1:30 AM.
- Ride-Hailing: Lokasi turun di TRX Mall Valet dan MRT Plaza Entrance.
Untuk maklumat lanjut, lawati www.theexchange.my atau ikuti The Exchange TRX di media sosial sekarang!