Berita

"Jom Kita Berdoa Lagi, Minta Baby" - Fadzil, Yana Samsudin Berdoa Nak Tambah Anak Sempena Anniversary Ke-5!

gempak
ZULHILMI JALIL
14/02/2020
02:34 MYT
Sponsor Banner
"Jom Kita Berdoa Lagi, Minta Baby" - Fadzil, Yana Samsudin Berdoa Nak Tambah Anak Sempena Anniversary Ke-5!
Pelakon Yana Samsudin menyambut ulang tahun perkahwinannya yang kelima bersama suami yang juga pelakon, Fadzil Zahari semalam.
Menerusi entri terbaru yang dikongsikan Yana di Instagram, pasangan tersebut meraikan hari bersejarah mereka itu di sebuah hotel di ibu kota.
"Mommy yang jenis lupa tarikh hari penting, daddy yang selalu ingat dan sediakan hari-hari manis buat kami.
"Saya tak kisah pun sambut ke tidak, Betul orang kata lagi lama kawin lagi tak kisah kot tarikh penting ni! Hahahaa... Tapi, Alhamdulillah ada yang ingat dan nak sambut, maka hati ni girang gembira jugalah," tulis Yana.
Yana turut memuat naik sekeping foto yang memaparkan anak sulungnya, Aisy Mateen yang sedang lena tidur di atas katil yang dihiasi penuh dengan kelopak mawar.
Baru tadi @aisymateen tepuk perut mommy sambil tanya.. . . Mateen: Dalam perut mommy ada baby ea? . Mommy: Takda Mateen kenapa. . Mateen: Doktor dah check ea? Tak da baby? . Mommy : Aah . . Mateen : Allah tak bagi lagi baby ea. . . Mommy : Aah mateen. . . Daddy: Jom kita berdoa lagi.... minta baby... . . Maka berdoalah kami lagi sekeluarga. Happy 5th Anniversary @fadzilzahari !!! . . Gambar ni semalam 13Feb sampai jam 12.30am Mateen demam maka dia terus landing macam ni.. Mak dia pulak lupa hari ni berapa haribulan. ?.Kes kami terbalik. Mommy yang jenis lupa tarikh hari penting, Daddy yang selalu ingat dan sediakan hari hari manis buat kami. . . I kata , i tak kisah pun sambut ke tidak , yang penting ialah betul orang kata lagi lama kawin lagi tak kisah kot tarikh penting ni! Hahahaa Tapi Alhamdulillah ada yang ingat dan nak sambut , maka hati ni girang gembira jugalah... walaupun sebenarnya badan dan minda baru nak rehat habis shooting travelog #JelajahTebrau . Doa i ialah: Syukur kepada Allah berikan pinjam suami yang baik hati bertanggungjawab, pandai jaga hati, tak banyak karenah, banyak membantu tugasan harian, banyak membantu dari segi emosi... dan masih bersabar dengan perangai orang sekelilingnya... . . i doakan Allah sentiasa lancarkan urusan dunia akhirat u sayang. Dapat mencari rezeki untuk kelangsungan keluarga kami.. Sentiasa di berikan petunjuk dari Allah. Sihat selalu dan sentiasa dikelilingi dengan orang yang baik baik. Semoga kita ada lagi rezeki daam zuriat. Semoga Semoga juga kita bertemu semula di taman syurga.. Amin... ???? . . . Semoga sesiapa yang membaca ni yang masih menunggu zuriat juga Allah berikan lagi sedikit rezeki zuriat... amin mohon doa hamba mu yang kerdil ini di makbulkan ... amin... ??❤️?? . #YSFZAnniversary #HaruslahLove #YSFZAm #MateenDanMommy #MateenDanDadi . #13Feb2020 #YSFZWedding
A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on
Begitupun, apa yang lebih mencuri tumpuan, Yana turut mendedahkan bahawa anak sulung, Aisy Mateen ada bertanyakan hal mengenai bayi kepadanya.
"Baru tadi @aisymateen tepuk perut mommy sambil tanya.. 'Dalam perut mommy ada baby ea? Doktor dah check ea? Tak da baby? Allah tak bagi lagi baby ea'," ceritanya.
Bagaimanapun, menurut Yana, dia kemudian menjelaskan kepada anaknya itu bahawa dirinya masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata lain.
"Tak ada Mateen, kenapa?," jawab Yana.
Namun, katanya, perbualan dua beranak itu turut mendapat perhatian Fadzil yang mengajak mereka sekeluarga berdoa agar hasratnya untuk menambah cahaya mata termakbul.
"Jom kita berdoa lagi...minta baby," kata Fadzil seperti yang ditulis Yana mengenai perbualan mereka sekeluarga.
Begitupun, Yana turut mendoakan agar mereka yang masih menunggu menunggu zuriat dilimpahkan rezeki untuk menimang cahaya mata.
"Semoga kita ada lagi rezeki dalam zuriat. Semoga juga kita bertemu semula di taman syurga.. Amin.
"Semoga sesiapa yang membaca ni yang masih menunggu zuriat juga Allah berikan lagi sedikit rezeki zuriat... amin mohon doa hambamu yang kerdil ini dimakbulkan ... amin...," coretnya.
Pasangan itu berkahwin pada 13 Februari 2015.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Aisy Mateen yang kini berumur empat tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024