Laman Utama
Jom Kita Kongsi Kebaikan di Bulan Ramadhan ini!
Ramadhan adalah bulan mulia buat seluruh umat Islam kerana setiap amalan yang dilakukan pasti mendapat pahala berlipat ganda.
Justeru pasti ramai yang ingin merebut peluang ini untuk menyertai pelbagai aktiviti amal serta kempen yang dianjurkan sempena bulan Ramadhan bagi mengimarahkan bulan yang mulia ini.
Tidak ketinggalan, Maybank yang berpegang pada misi untuk Menginsankan Perkhidmatan Kewangan juga berusaha untuk menggalakkan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan sosial dalam komuniti kita ke arah mencontohi perbuatan baik serta berkongsi kebaikan buat kemakmuran bersama.
Sempena Ramadhan 2023, Maybank melancarkan pelbagai program serta inisiatif melalui kempen Kongsi Kebaikan Bersama Maybank yang akan berlangsung dari 22 Mac hingga 21 April 2023 dengan niat untuk menggalakkan semua individu dan masyarakat bergabung tenaga dalam melakukan perbuatan baik serta berkongsi kebaikan bersama semua agar semua mendapat manfaat di bulan Ramadhan ini.
Anda boleh berkongsi kebaikan pelbagai cara atau pilih mana-mana inisiatif yang boleh anda sertai untuk bersama-sama Kongsi Kebaikan:
#1 Sokong Peniaga Lokal, Belilah Juadah Berbuka Anda Dari Pengusaha Makanan Tempatan dengan Sama-Sama Lokal
Inisiatif ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada peniaga tempatan serta memberi peluang kepada komuniti untuk menikmati pelbagai juadah lazat seperti nasi goreng cina, lontong, laksa dan bermacam lagi dengan harga yang berpatutan.
Bagi yang berminat untuk mencuba, bolehlah layari menu tersedia di Sama-Sama Lokal melalui aplikasi MAE. Anda juga boleh mencuba salah satu hidangan Menu Rahmah dari senarai peniaga di sana juga.
#2 "Anda Simpan & Sokong, Kami Derma #Untukmu"
Ini pula satu inisiatif Maybank yang menggalakkan pengembangan simpanan seseorang dalam masa yang sama menggalakkan mereka untuk berikrar untuk membantu orang lain yang memerlukan agar ianya boleh memberikan impak positif yang lebih besar kepada semua masyarakat.
Melalui inisiatif ini, Maybank akan menderma RM100K apabila jumlah ikrar mencapai 20k dan mengagihkan dana tersebut kepada organisasi terpilih di platform MaybankHeart.
#3 Add Good To Cart dengan Kad Kredit Ikhwan
Inisiatif ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pengguna dalam talian untuk berbuat baik dengan menderma secara tetap sambil membeli belah, di samping meningkatkan kesedaran tentang kelebihan membuat sumbangan kepada dana kecemasan.
Dalam kerjasama dengan MERCY Malaysia, dana yang dikumpul melalui inisiatif ini akan berfungsi sebagai sosial pembiayaan untuk pembangunan kemanusiaan dan kesihatan yang berkaitan dengan bencana, serta untuk kecemasan respons, pemulihan dan perancangan. Melalui inisiatif ini, orang ramai diingatkan untuk menambahkan isi sumbangan semasa membuat pembelian atau transaksi menggunakan Kad Kredit Ikhwan Maybank.
#4 Imbas dan Bayar untuk amalan sedekah, Pembayaran Zakat melalui M2U/MAE
Anda boleh Imbas dan bayar di masjid berdekatan anda untuk memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Senarai lokasi atau masjid yang mempunyai kod QR untuk sumbangan ini telah disenaraikan di laman: https://maybank.my/kongsi-kebaikan
Manakala kepada mereka yang ingin membuat pembayaran zakat, boleh melakukannya secara atas talian melalui aplikasi M2U dan MAE. Tidak perlu bersusah payah untuk keluar dari rumah, semuanya boleh dilakukan dihujung jari anda.
Maybank juga berkongsi kebaikan dengan menganjurkan beberapa program lain seperti:
Program Bantuan Ramadhan Serantau, Maybank Islamic & Program Tautan Kasih Ikatan Disyukuri
Maybank melalui Maybank Islamic berkongsi kebaikan dengan lebih 7,000 keluarga daripada 11 negara dengan menyediakan bekalan makanan agar mereka dapat memenuhi keperluan asas pemakanan sepanjang Ramadhan penuh keberkatan ini.
Maybank dan Maybank Islamic juga menganjurkan Program Tautan Kasih, dengan mengagihkan kurma dari cawangan terpilih dan program berbuka puasa di semua lapan wilayah Pejabat Maybank. Acara ini disasarkan buat komuniti di sekitar masjid angkat dan kumpulan masyarakat sasaran yang memerlukan.
Ianya sejajar dengan komitmen Maybank Islamic untuk sentiasa menganjurkan program-program yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, melalui program sosial untuk kemakmuran setiap insan.
Jadi tunggu apa lagi, marilah kita sama-sama berkongsi kebaikan hari ini.
Bagi maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Kongsi Kebaikan Ramadhan Bersama Maybank .
Must-Watch Video