Dalam usaha menyokong Kerajaan Malaysia membendung wabak COVID-19 daripada terus menular, orang ramai mula membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kempen #dudukrumah dan #stayhome.

Sejak petang semalam, tular beberapa keping foto petugas kesihatan memegang kotak yang bertulis “I stay here for you, you stay home for us”, dengan tanda pagar #dudukrumah dan #stayhome.

Kempen ini dicetuskan KKM untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang betapa pentingnya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang diseru kerajaan.

Walaupun ayat digunakan ringkas dan agak catchy’ namun mesej ‘deep’ yang terkandung disebaliknya kata-kata tersebut, sampai!

Semoga usaha daripada KKM ini sedikit sebanyak dapat membantu menangani wabak COVID-19 yang sedang menular.

Terima kasih pasukan kesihatan, kerana andalah wira tidak didendang! Berada di barisan hadapan demi negara dan menyelamatkan nyawa tidak mengira waktu.

Bayangkan betapa besarnya pengorbanan mereka terhadap kita semua sehingga terpaksa membelakangkan orang tersayang!


Ayuh, kita mulakan! Jom bantu KKM jika sayang kepada diri sendiri dan insan sekeliling anda.

Terdahulu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merayu kepada orang ramai supaya duduk di rumah sepanjang 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan, bermula 18 Mac (semalam).