Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Jom Lihat 4 Aktiviti Yang Boleh Mengisi Waktu Lapang Anda!

Shahrin Zulkifle 20/06/2022 | 13:23 MYT
Anda bosan dengan hari-hari anda yang berlalu begitu sahaja tanpa sebarang aktiviti? Asyik terus bermain gajet dan melepek di rumah? Kekeringan idea untuk melakukan aktiviti ketika di waktu lapang?

Sebenarnya banyak aktiviti yang anda boleh lakukan, mari kami kongsikan kepada anda 4 aktiviti yang boleh dilakukan di kala anda bosan.

#1 Menyusun atur semula perabot di dalam rumah

Anda boleh melakukan aktiviti mengatur semula posisi perabot di dalam rumah. Percayakah anda dengan hanya mengubah beberapa posisi perabot tersebut mampu memberikan mood baru kepada anda. Aktiviti tersebut juga mampu memberikan rupa paras yang baru di dalam rumah anda.

#2 Mencuci kenderaan

Bak kata pepatah, “Sambil menyelam, minum air”. Mencuci kenderaan sama ada kereta, motorsikal mahupun basikal kesayangan anda mampu mengisi kekosongan aktiviti dirumah. Bagi yang mempunyai anak-anak, mereka pasti akan mengambil kesempatan untuk bermain air di hadapan rumah. Percayalah, mencuci sendiri kenderaan anda lebih baik dari menghantar ke pusat cuci kenderaan kerana anda lebih yakin dengan tahap kebersihan kenderaan anda.

#3 Berkebun

Sekiranya anda mempunyai tanah di halaman rumah yang tidak digunakan, maka gunakanlah ia sebagai salah satu aktiviti anda. Gemburkan tanah, kemudian tanamlah pokok yang anda suka. Persekitaran rumah akan lebih sejuk dan redup sekiranya banyak pokok yang ditanam dan diselenggara dengan baik. Tanaman yang menghijau dan bunga-bungaan yang berwarna-warni mampu menambahkan lagi kecerian halaman rumah anda.

#4 Menonton filem menarik di televisyen

Menonton filem terkini adalah aktiviti yang paling menarik boleh dilakukan. Kami mencadangkan anda untuk menonton filem animasi Shin Chan yang sedang ditayangkan di Astro First. Filem ini juga menduduki tangga pertama kedudukan carta filem Astro First.

Tahun lalu, filem ini telah ditayangkan di negara asalnya, Jepun dan berjaya meraih kutipan Box Office. Menerusi saluran 480, Astro First dan hanya RM15 sahaja anda boleh menyaksikan telatah Shin Chan dan rakan-rakanya dalam menyelesaikan misteri yang telah berlaku di sebuah sekolah elit berasrama penuh. Jom tonton filem ini sambil menikmati snek kegemaran anda dan kembalikan kenangan sewaktu kecil.

#Astro First #Astro Shaw #Shin Chan #Aktiviti Lapang
;