Para pendengar radio ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN berpeluang memenangi hadiah wang tunai dengan peraduan-peraduan menarik!

Kini, empat stesen radio ini menampilkan peraduan Gelak Khas ERA, Negaraku Di SINAR, Lagu 3 Saat GEGAR dan Panah Sunnah di ZAYAN!



Dari sekarang hingga 18 September, para peminat ERA boleh sertai ‘Gelak Khas ERA’ di udara dan berpeluang menang sebahagian wang tunai bernilai RM7,500.

Peserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara dan personaliti ERA akan memainkan sedutan suara selebriti ‘ketawa’ untuk diteka.

Peserta boleh mendapatkan pembayang dari Instagram dan Facebook ERA dan peserta hanya perlu memberikan nama selebriti dengan tepat berdasarkan sedutan suara yang dimainkan dalam tempoh sepuluh saat untuk peluang memenangi wang tunai bernilai RM150.

Jika jawapan yang diberikan adalah salah, wang tunai tersebut akan digandakan ke pusingan seterusnya.



Para peminat SINAR pula boleh menang sebahagian wang tunai bernilai RM9,000 dengan peraduan Negaraku Di SINAR dari sekarang hingga 25 September di udara.

Peserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara dan amakan tempat ikonik dengan tepat dalam tempoh 10 saat.

Peserta boleh mendapatkan pembayang menerusi Instagram dan Facebook SINAR dan jika jawapan betul, peserta akan membawa pulang wang tunai RM150 atau jumlah wang yang terkumpul seperti yang diberitahu oleh personaliti SINAR.

Jika tiada jawapan yang betul bagi pusingan itu, hadiah wang tunai akan digandakan ke pusingan seterusnya.



Menerusi stesen GEGAR pula, para peminat boleh teka tajuk lagu dengan Lagu 3 Saat di GEGAR, dari sekarang hingga 24 September untuk peluang menang wang tunai bernilai RM150 di udara.

Peserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara dan berikan tajuk lagu yang diperlukan oleh personaliti GEGAR dalam masa 3 saat sahaja.

Peserta boleh mendapatkan pembayang di Facebook and Instagram GEGAR dan peserta yang menjawab dengan tepat akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM150.

Jika jawapan diberikan adalah salah, wang tersebut akan digandakan pada pusingan seterusnya.



Selain itu, para peminat ZAYAN boleh memenangi RM1,000 dengan Panah Sunnah ZAYAN di Instagram dari sekarang hingga 25 September 2020.

Peserta perlu memuat naik video kreatif bermain aktiviti memanah di Instagram dan sertakan tanda pagar (hashtag) #PanahSunnahZAYAN.

Peserta juga perlu pastikan akuan Instagram adalah umum (public) dan mereka yang berjaya disenarai pendek akan beraksi di pertandingan akhir untuk menang wang tunai bernilai RM1,000.

Tarikh dan masa pertandingan akhir akan dimaklumkan kelak. Ikuti laman web ZAYAN untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa untuk memuat turun aplikasi SYOK dan strim radio ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN di mana sahaja!