Hiburan
Jom Ringankan Beban! Rakyat Bantu Rakyat Dalam #SinarUntukFrontlinersCovid
Kita turut merasai perit getir para petugas barisan hadapan negara yang sedang berjuang sehabis daya mereka untuk menangani COVID-19 yang meningkat setiap hari.
Bersama kita satukan hati untuk rakyat bantu rakyat menerusi Tabung Bantuan Frontliners COVID-19 Sinar Harian.
Benarlah, berat kita rasakan saat ini, mereka yang merisikokan diri menanggungnya lebih lagi.
Ketika kita berada dalam suasana selamat di rumah bersama keluarga, mereka perlu meninggalkan keluarga dalam waktu yang lama.
Malah, mereka berhadapan dengan ancaman wabak dalam keadaan perlindungan yang tidak mencukupi dan suasana mendesak.
Tabung Bantuan Frontliners COVID-19 Sinar Harian ini adalah tanda bahawa kita bersama-sama menghadapi saat getir ini.
Sumbangan yang diberikan tiada satu sen pun bagi kos pengurusan dan ia diberikan sepenuhnya untuk para pejuang yang sedang bertungkus lumus ini.
Ia juga akan memudahkan mereka untuk membantu kita dan merangkumi peralatan yang berkurang serta kebajikan para petugas yang bertarung nyawa.
Tabung ini akan dibuka sehingga keadaan terkawal dan pecahan sumbangan yang telah diberikan melalui petugas (sukarelawan) untuk membuat pembelian setakat ini ialah:
Keperluan mendesak yang menjadi prioriti ialah:
▪Sanitizer
▪Masks
▪Personal Protective Equipment (PPE)
▪Tents
▪Washing Machine (agak kritikal untuk frontliners cuci uniform sebelum pulang)
Moga sumbangan ini mengurangkan beban dijiwa dan menambahbaik suasana yang ada.
Sedikit atau banyak, ia amat bererti. Dari rakyat untuk rakyat.
Untuk lebih informasi, layari www.sinarharian.com.my atau hubungi talian hotline 013-4228802.