Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Jom Sambung Gelak, Ulang Banyak Kali! Abang Long Fadil 3 Boleh Ditonton Di Astro First Mulai 17 November Ini

Izwan Isa
15/11/2022 15:20 MYT
Jika anda terlepas menonton filem Abang Long Fadil 3 di pawagam, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan komedi aksi paling disukai penonton sepanjang tahun 2022 menerusi saluran Astro First.

Filem Abang Long Fadil 3 mengisahkan tentang kehidupan Fadil yang menerima tawaran daripada Malaysian Secret Service (MSS) untuk menjadi pengintip atau spy profesional dalam menjatuhkan sebuah kumpulan kongsi gelap terbesar Secret Society Organization (SSO) yang diketuai oleh Chow Han.

Ejen Fadil kini bekerjasama dengan Ejen Alice untuk menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, tetapi keadaan menjadi rumit apabila Yana iaitu bekas teman wanita Fadil mengganggu misi MSS.

Chow Han yang mulai menyedari MSS sedang diintip Fadil kemudian menghantar seorang pembunuh upahan, King Cobra untuk menghapuskan Fadil dan Alice. Mampukah Fadil menyelesaikan misi ini untuk menyelamatkan negara? Segalanya akan terjawab dalam filem Abang Long Fadil 3.

Bakal ditayangkan di Astro First bermula 17 November 2022, filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan pelakon hebat seperti Johan, Zizan sebagai watak utama, selain bintang lain antaranya Datuk AC Mizal, Shuib Sepahtu, Kazar, Maya Karin, Elizabeth Tan, Ozlyn dan ramai lagi.

Bagi yang masih belum Memiliki Astro, dapatkan pek premium 1 sekarang dengan Whatsapp ‘Nak Astro’ dan hantar ke 03-9543 3838. Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Astro First #Abang Long Fadil 3