HIBURAN

Jom Throwback Babak Cintan K-Drama! Konsert OST K-Drama Terbesar Bakal Gegar Asia!

Amri Hassan 27/03/2025 | 15:50 MYT
Peminat K-drama, bersedia untuk dibuai emosi! Konsert OST KOREA (KOSTCON 2025 TOUR) bakal membawa magis muzik dari drama Korea ke pentas antarabangsa dalam sebuah jelajah epik ke lima negara.
Kolaborasi antara Korea Management Federation (KMF), Hi Five Entertainment Sdn. Bhd., dan Kelebrity Worldwide Inc. ini menjanjikan pengalaman yang luar biasa, menampilkan barisan penyanyi OST paling ikonik yang pernah mengiringi babak-babak paling menyentuh hati dalam dunia K-drama.
Majlis menandatangani perjanjian rasmi telah berlangsung pada 14 Mac 2025 di Grand Walkerhill Hotel, Seoul, menyaksikan kehadiran Pengerusi KMF, Yu Jai-woong, Pengarah Urusan Kumpulan Hi Five Entertainment, Sean Pereira, dan CEO Kelebrity Worldwide Inc., David Shin.
KOSTCON 2025 bukan sekadar konsert, tetapi satu perjalanan emosi di mana muzik dan visual bergabung dalam persembahan yang akan menghidupkan kembali detik-detik terindah drama kegemaran penonton.
Konsert ini bakal menampilkan barisan penyanyi OST terkenal seperti:
🎶 Baek Ji Young – That Woman (Secret Garden)
🎶 Heize – Can You See My Heart (Hotel Del Luna)
🎶 Lyn – With You (Descendants of the Sun)
🎶 Lee Mujin – Lilac (Love Your Enemy)
🎶 K.Will – Beautiful Moment (Masterpiece)
Menurut Sean Pereira, kerjasama ini adalah satu pencapaian besar dalam dunia hiburan.
"Kami ingin membawa gelombang Hallyu ke tahap lebih tinggi. KOSTCON 2025 bukan sekadar hiburan, tetapi satu pengalaman yang akan terus melekat di hati peminat!" katanya.
Sementara itu, Pengarah Kelebrity Worldwide, Min-chul Kim menegaskan bahawa K-drama bukan sekadar fenomena biasa.
“Jika K-pop sudah menawan dunia, kini giliran OST K-drama untuk mencipta fenomena. Konsert ini akan membawa peminat menyusuri memori drama kegemaran mereka dengan cara yang lebih imersif dan penuh emosi," tambahnya.
Bagi menjadikan konsert ini lebih istimewa, setiap lokasi akan menampilkan tetamu jemputan eksklusif dari negara masing-masing!
Jadual Jelajah KOSTCON 2025
🌏 Jakarta, Indonesia – 2 Ogos 2025
🌏 Manila, Filipina – 6 Ogos 2025
🌏 Dubai, UAE – 5 September 2025
🌏 Bangkok, Thailand – 20 September 2025
🌏 Pulau Pinang, Malaysia – 25 Oktober 2025
#Viral #Konsert #Drama #Korea #OST #Asia