Hiburan

“Jom Undur Diri, Carilah Rezeki Lebih Berkat…” – Nasihat Zul Yahya Kepada Anak Seni

gempak
Fiza Kamarudin
15/05/2020
08:12 MYT
Sponsor Banner
“Jom Undur Diri, Carilah Rezeki Lebih Berkat…” – Nasihat Zul Yahya Kepada Anak Seni
Bekas pelakon, Zul Yahya menerusi perkongsian di IGTVnya semalam, mengajak anak-anak seni yang berada dalam industri filem dan drama untuk mengubah kehidupan.
Zul berkata, terutamanya kepada kru-kru belakang tabir yang telah banyak berkorban selama ini tetapi usaha tidak diendahkan pihak atasan.
Katanya, industri ini tidak akan ke mana kerana tidak ada keberkatan tambahan lagi cara ia dipimpin lari dari kehendak Allah SWT.
“Atas pengalaman sebagai anak seni lebih 20 tahun. Untuk adik-adik dan sahabat-sahabat yang berada dalam industri filem, drama terutama yang berada di belakang tabir, saya seru agar kita ubah kehidupan kita. “Sebab industri ini industri yang tidak akan membawa kita ke mana-mana, industri yang tidak ada keberkatan…Dapat banyak mana pun kita tak pernah rasa cukup, dapat banyak mana pun cepat habis.
“Sebab industri ini cara ia dipimpin lari dari kehendak Allah SWT. Banyak yang kaki ampun, pentingkan diri sendiri, rasuah…Ada kuasa salah guna untuk penuhi napsu napsi mereka.
Kru belakang tabir bekerja bersusah payah, tidak tentu masa demi mencari rezeki tetapi pihak atasan tak pernah nampak pengorbanan mereka, apa yang mereka nampak hanya keuntungan peribadi,” ujarnya.
Tambah Zul lagi, sahabat-sahabat di belakang tabir juga seharusnya menggunakan peluang ketika Allah hadirkan ujian COVID-19 ini untuk berubah.
“Jadi kawan-kawan di belakang tabir ambillah peluang ini semasa Allah hadirkan ujian COVID-19 ni untuk berfikir dan ubah cara hidup kita. “Undur diri, ramai yang sudah undur diri kerana di penghujungnya industri ini tidak memberi apa-apa.
“EPF tak ada, insurans pun kadang hidup kadang tak hidup. Kejayaan taka da, yang berjaya pun adalah segelintir, tapi itu di dunia akhirat belum lagi!
“Jom undur diri, carilah rezeki lebih berkat. Keberkatan Allah Taala inilah yang kita kena cari. Biar sikit tapi cukup.
“Banyak sumber rezeki yang Allah beri dalam kehidupan kita, rezeki Allah sangat-sangat luar,” katanya.
Video berdurasi lima minit itu mendapat reaksi positif daripada rakan-rakan artis seperti Shah Jaszle dan Akil Hay.
Rata-rata komen bersetuju dengan pandangan Zul dan berharap agar pihak lain yang mendengar mengambil nasihat tersebut daripada sudut positif.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live