Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Jonathan Rhys Meyers, Bront Palarae & Shahiezy Sam Bakal Bergandingan Menerusi Filem James Brooke

Azwa Rahman
23/09/2019 10:53 MYT
Pelakon Hollywood terkenal, Jonathan Rhys Meyers bakal membawa watak sebagai James Brooke, Raja Putih Sarawak yang menjadi pengasas kepada negeri itu dan membina dinasti Brooke.

Memetik laporan Star2, Rhys Meyers akan bergandingan bersama aktor popular Malaysia seperti Bront Palarae, Shaheizy Sam, Datuk Rahim Razali, Peter John, Kahar Jimi dan barisan pelakon Indonesia.


Bront akan memegang watak sebagai Pengiran Indera Mahkota yang menjadi pesaing terbesar Brooke, Shaheizy Sam menggalas watak Subu, peneman setia Brooke manakala Datuk Rahim Razali melakonkan peranan sebagai Sultan Brunei.


Filem yang dikenali sebagai White Rajah ini akan diarahkan oleh Michael Haussman, sutradara yang cukup dikenali kerana pernah mengarah video muzik Madonna, Justin Timberlake dan Selena Gomez.

Mendapat sokongan sepenuhnya daripada Badan Pelancongan Sarawak, filem ini turut mendapat khidmat nasihat berkaitan teknikal daripada The Brooke Heritage Trust.

Rhys Meyers sebelum ini cukup dikenali menerusi filem The Tudors, Vikings, Bend It Like Beckham, Mission: Impossible III, From Paris With Love dan banyak lagi.

Sedikit tentang sejarah keluarga Brooke, negeri Sarawak pada asalnya adalah sebuah tanah jajahan milik Kesultanan Brunei sebelum diserahkan kepada Brooke.

Dari situlah Brooke mendapat gelaran Raja Putih pertama Sarawak kerana telah membangunkan negeri itu.

Tak sabar menantikan filem sejarah negara bertaraf antarabangsa, penggambaran filem itu akan bermula esok sehingga hujung Oktober.
#Filem #Malaysia #Filem #Sejarah