,
Hiburan

Jovian Gembira Pertama Kali Tunai Umrah Bersama Anak

Asraf Aided
25/12/2019
05:19 MYT
Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie kini sedang menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah.
Menariknya, kali ini Jovian dan isteri, Nina Ismail Sabri pergi bersama anak mereka, Jeanelle Nika Mandagie.
Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan warganet.
"Kami akan menunaikan umrah, kali ini bersama si kecil," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut dan rakan rapat Jovian yang meninggalkan respon positif di ruangan komen.
Rata-rata mereka mendoakan Jovian sekeluarga agar dipermudahkan urusan dan mendapat umrah yang mabrur.
Dalam pada itu, Jovian turut berkongsi foto dia telah sampai ke Makkah menerusi ruangan IG Story.
Sekadar info, Jovian dan Nina telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jeanelle yang kini berusia dua tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar