Jovian Mandagie Bergelar Bapa, Nina Ismail Sabri Selamat Lahir Bayi Perempuan

Mya Amri
November 1, 2017 12:41 MYT
Isteri kepada pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie, Nina Sabrina Ismail Sabri selamat melahirkan bayi perempuan sebentar tadi.
Berita gembira itu dikongsi oleh Jovian menerusi akaun Instagram (IG)nya beserta foto jari anaknya.
Menurut Jovian, bayi dan isterinya yang juga merupakan kakak kepada penyanyi Dafi kini berada dalam keadaan sihat.
Dia juga menyatakan rasa syukur dengan kehadiran anak sulungnya dan berterima kasih kepada mereka yang mendoakan keluarganya.
Jovian dan Nina telah melangsungkan perkahwinan mereka pada Disember 2013
Foto: Instagram @jmandagie
Teks oleh: Mya Amri
#Bersalin #Jovian Mandagie #Nina Ismail Sabri