Hiburan

Joy Revfa Bertunang Dengan Jurulatih Kecergasan, Tak Dedahkan Wajah Tunang

gempak
Fiza Kamarudin
15/03/2020
07:27 MYT
Sponsor Banner
Joy Revfa Bertunang Dengan Jurulatih Kecergasan, Tak Dedahkan Wajah Tunang
Usahawan kosmetik yang juga bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun berkongsi foto pertunangannya di Instagram (IG) pada semalam.
Difahamkan majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup dan sederhana itu diadakan di kediamannya pada Sabtu.
Menerusi kemas kini terbaru Joy berkata, siapa jejaka yang bakal menjadi teman hidupnya itu biarlah menjadi rahsia dahulu.
Dalam pada itu, Joy turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai yang sanggup datang dari jauh meraikan hari bahagianya itu.
“Biarlah rahsia dengan siapa Joy bertunang. Terima kasih kepada seluruh keluarga Joy, keluarga sebelah lelaki, saudara mara dan sahabat-sahabat yang sanggup datang dari jauh.
Biar lah rahsia dgn siapa joy bertunang... ? . Terima kasih joy ucapkan kepada seluruh keluarga joy, keluarga sebelah lelaki, saudara mara & sahabat2 sanggup datang dari jauh utk Majlis Pertunangan joy yg dibuat secara sederhana & tertutup di kediaman joy di Shah Alam.. Terima kasih kepada seluruh tenaga kerja yg membantu menyempurnakan majlis ini terutama kpd ibunda joy Safiah Abbas yg tak henti2 melayan anaknya ini ? & pihak dekorasi pelamin pertunangan yg simple tapi wow dari Fiza D’touch ? Mohon doa yg baik2 dari kawan2 semua semoga ikatan ini sampai ke hari pernikahan kami nanti.. amin ya rabb ?? . ENGAGEMENT DAY ? 14 March 2020 Joy Revfa & Zxxxx Axxxx @joyrevfa @zurev_ahmax . #joyrevfaeday . . . Decoration Pelamin by : @fizadtouch_wedding_galore . . Decoration Stairs by : My Mom ( @sofiaabbas61 ) . . Photographer by : @normanyousuf . . Engagement Dress by : @dwenraha . . Makeup by : @mervecosmetic_hq . . Beautiful Henna by : @cempaka.inai . . Decoration Hantaran by : My Mom ( @sofiaabbas61 ) . . Catering by : @sajian.dhidang . . SPA & Mandi Bunga by : @seri7malam . . Jelly Cake & Pulut Kuning by : @cafenasitalam . @anisfareeza .
A post shared by New IG Acc ?IG Lama Kena Hack (@joyrevfa) on
“Majlis pertunangan Joy dibuat secara sederhana dan tertutup di kediaman Joy di Shah Alam. Terima kasih kepada seluruh tenaga kerja yang membantu menyempurnakan majlis ini terutama kepada ibunda, Safiah Abbas yang tak henti-henti melayan anaknya ini,” tulisnya.
Joy turut berharap agar pertunangannya itu kekal sehingga hari pernikahan mereka nanti.
“Mohon doa yang baik-baik dari kawan-kawan semua semoga ikatan ini sampai ke hari pernikahan kami nanti,” ujarnya.
Sementara itu menurut laporan BH Online, Joy memberitahu majlis pernikahan dengan rakan kongsi perniagaannya itu akan diadakan pada tahun ini juga.
Bercerita mengena jejaka pilihan hati, Joy mengaku mengenali rakan kongsinya itu, akhir tahun lalu.
“Kami bertemu pada mesyuarat di mana saya mahu melebarkan skop perniagaan dalam bidang kecergasan diri.
“Tunang saya adalah jurulatih kecergasan dan memiliki perniagaan sendiri. Akhirnya, kami jadi rakan kongsi di bawah Merve Fitness.
“Sejak itu, kami mula kenal hati budi masing-masing. Dia memiliki ciri-ciri lelaki idaman saya,” katanya sambil menambah tunangnya menjaga solat dan hubungan dengan bukan muhrim, selain mendalami ilmu agama.
Joy pernah dua kali mendirikan rumah tangga termasuk dengan Hafiz. Namun, mereka bercerai pada 2017. Dalam perkahwinan pertama, Joy dikurniakan anak, Arryan Firdaus yang berusia enam tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024