JPJ Beri Amaran Pengguna Nombor Plat Fancy! Netizen Dakwa… “Selalu VIP Je Guna Cantik-Cantik Ni”

Hanafis Haris
November 5, 2021 03:04 MYT
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran kepada orang ramai supaya mematuhi peraturan bagi memasang nombor pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Menerusi satu kenyataan rasmi dikeluarkan JPJ memberitahu, kesalahan itu jika didapati melanggar peraturan tersebut, boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000 di bawah Seksyen 14 (4) APJ 1987.

Menurut kenyataan itu, adalah satu kesalahan memasang nombor pendaftaran mengelirukan, kabur atau ‘fancy’.

“Berikut contoh-contoh gambar kenderaan yang tular di media sosial dan tidak mematuhi spesifikan yang ditetapkan.

“Pemilik kenderaan bakal diambil tindakan untuk ditemu siasat oleh JPJ.

“Orang ramai adalah disarankan untuk melaporkan mana-mana kenderaan yang memasang nombor pendaftran yang mengelirukan, kabur atau ‘fancy’ di alamat email aduantrafik@jpj.gov.my bersama gambar kenderaan dan butiran lain yang berkaitan,” katanya.

Sementara itu, menerusi ruang komen, rata-rata netizen berpendapat individu yang sering menggunakan nombor plat ‘fancy’ kebanyakan adalah golongan kaya raya dan VVIP.

Pun begitu, masih ramai juga memberi reaksi positif mengenai saranan berkenaan.

#JPJ #VIP #Kereta #Fancy