gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Sejujurnya Sebagai Anak, Saya…” - Zaki Yamani Maafkan Farid Kamil Atas Kesilapan Petik Nama Datuk Jamal Abdillah
HIBURAN
“Dari Awal Sampai Akhir Penonton Drama Seribu Tahun Boleh Lihat Perjuangan Doktor Zahar” - Nazrief Nazri
HIBURAN
Tayang Gambar Mandi Sungai Tak Berbaju, IG Nicholas Saputra Dihujani Komen Peminat - "Keindahan Alam Ni"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Kenderaan

gempak
Gempak
22/05/2025
02:44 MYT
Sponsor Banner
JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Kenderaan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memperkenalkan rekaan ilustrasi terbaharu Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang dilengkapi dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kad LMM terkini itu telah diedarkan secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini.
Bagaimanapun katanya ketika ini, cetakan fizikal kad LMM versi terkini hanya dibenarkan untuk pemohon kategori warganegara yang akan ke luar negara.
"Versi terkini ini berupaya mencegah unsur pengubahsuaian dan pemalsuan kad serta mempunyai daya tahan penggunaan untuk tempoh maksimum 10 tahun.
"Manakala dari aspek reka bentuk ilustrasi, LMM versi terkini mempunyai gambar latar belakang yang memaparkan Bangunan Sultan Abdul Samad dan motif abstrak gelombang pada bahagian hadapan, serta Istana Negara dan motif abstrak flora pada bahagian belakang.
"Cetakan kad LMM untuk kategori yang dibenarkan pada masa ini sudah berlangsung secara berperingkat di cawangan JPJ tertentu bagi memberi masa kepada tempoh peralihan daripada sistem kad versi sebelumnya kepada versi terkini," katanya pada sidang media di IM Intensif Sdn Bhd Adda Height di sini hari ini.
Menurut Aedy Fadly, sekiranya pemohon biasa membuat pembaharuan lesen, mereka hanya memperoleh lesen digital sahaja.
"Kalau pembaharuan macam biasa guna aplikasi MyJPJ. Kalau pemohon mahu keluar negara mereka boleh dapatkan lesen memandu fizikal ini.
"Kita tahu tidak semua negara menerima aplikasi MyJPJ. Hanya Singapura sudah terima tetapi ada negara yang tidak terima lesen memandu secara digital. Mereka perlu membawa lesen fizikal dan permit memandu antarabangsa (IDP) yang boleh dimohon di JPJ," katanya.
Dalam perkembangan sama, Aedy Fadly memaklumkan JPJ menambahbaik tiga elemen perlesenan dan pengoperasian secara berperingkat di 248 buah Institusi Memandu (IM) seluruh negara.
Katanya langkah itu bagi meningkatkan tahap integriti, kualiti serta menangani isu berbangkit di IM sebelum ini.
"Seperti di Klang, Selangor ada isu calon IM yang menunggu tiga bulan untuk menyempurnakan proses pembelajaran tetapi ada tempat hanya sebulan sahaja.
"Bagi Operasi Khas Penguatkuasaan Institusi Memandu (OKIM) di Johor hari ini misalnya dua IM didapati melakukan 80 kesalahan.
"Antara kesalahan adalah seperti pengajar mengajar lebih calon, calon belajar tanpa pengawasan tenaga pengajar, pengajar mengajar tiada Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM), pengajar merokok semasa mengajar, dan kesalahan lain," katanya.
Topic Berkaitan
#JPJ
#Lesen
#Baharu
#Datuk Aedy Fadly Ramli
#LMM
Must-Watch Video