Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

JPN Dedah Permohonan Pembetulan Maklumat Sijil Lahir Myra Natasha Ikut Prosedur

Gempak
15/05/2024 00:55 MYT
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan permohonan pembetulan maklumat di sijil kelahiran pelakon, Myra Natasha adalah mengikut prosedur.

Pegawai Perhubungan Awam JPN, Siti Mariani Ayob berkata, permohonan itu dikemukakan oleh personaliti radio, Halim Othman dan ibu Myra Natasha, Yusnita Omar pada tahun 2022.

JPN dedah

“Untuk makluman, bagi permohonan pembetulan maklumat sijil kelahiran beliau, prosedur permohonan telah dipatuhi.

“Orang Yang Mengaku Bapa (OYMB) dan ibu kandung telah membuat permohonan bersama pada tahun 2022,” katanya ringkas kepada Sinar Harian.

Myra Natasha, 29, atau nama sebenarnya Myra Natasya Abdullah mendedahkan Halim telah meletakkan maklumat sebagai bapa di sijil kelahirannya tanpa pengetahuannya.

Ruangan tersebut dikosongkan kerana wanita itu memaklumkan sebenarnya Halim, 60, tidak pernah bernikah dengan ibunya, Yusnita sepertimana dihebohkan sebelum ini dan status kelahirannya pula sebagai anak tidak sah taraf.

Sumber: Sinar Harian

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Nak Burukkan Nama Anak Saya” - Halim Othman

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Hanya Mahu Ayah Mohon Maaf Dan Tukar Balik Maklumat Kat Surat Beranak” - Myra Natasha

#Halim Othman #JPN #Myra Natasha #Sijil kelahiran
;