Hiburan
Juadah Malaysia? Raline Shah Paling Love Laksa Johor - “Sebab Atuk Saya…”
Pelakon cantik dari Indonesia, Raline Shah teruja berkongsi tentang makanan kegemarannya setiap kali berkunjung ke Malaysia.
Menurut Raline, dia sangat menggemari Laksa Johor kerana mempunyai kaitan istimewa dengan negeri tersebut.
"Atuk saya orang Johor, jadi saya memang suka Laksa Johor. Selain itu, saya juga gemar Sate Kajang, Snowflake di Pavilion, Roti Canai, Dosai, Nasi Kerabu, dan Nasi Lemak.
“Kalau ikutkan, saya suka hampir semua makanan di sini, terutamanya nasi," katanya kepada Gempak.
Selain menikmati makanan tempatan, Raline juga menyimpan hasrat untuk kembali berkarya dalam industri perfileman Malaysia.
"Saya memang ada niat untuk berlakon semula di Malaysia kerana negara ini ibarat kampung halaman saya sendiri. Ramai teman dan saudara mara di sini. Saya berharap impian ini akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat," ujarnya.
Untuk rekod, Raline pernah membintangi filem aksi Polis Evo 2, bergandingan dengan Shaheizy Sam dan Zizan Razak, yang menjadi antara filem box office di Malaysia.
Must-Watch Video