Jual Android Box, 3 Lelaki Didenda RM3,000!
Gempak
03/03/2023 09:25 MYT
03/03/2023 09:25 MYT
Seorang majikan kiosk peranti dan perkakasan bersama dua pekerjanya didenda RM39,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, pada Khamis atas kesalahan menjual dan bersubahat menjual perkakasan serta perisian TV dikenali sebagai Top Box (Android Box) tidak diperakui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), dua tahun lalu.
Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu selepas ketiga-tiga tertuduh, Ong Tuck Keong, 30; Lee Hock Chuan, 21; dan How Jun Tian, 20; mengaku bersalah terhadap pertuduhan masing-masing.
Mengikut pertuduhan, Hock Chuan dan Jun Tian masing-masing didakwa menjual tiga unit Top Box jenama SVICLOUD 3 Pro dan K&R MAC ADD serta seunit Top Box jenama SVICLOUD 3 Pro di kiosk K&R Technology Enterprise bagi maksud memintas langkah perlindungan teknologi yang disebut dalam Subseksyen 36A(3) Akta Hak Cipta (AHC) 1987.
Bagi kesalahan itu, mereka dituduh mengikut Seksyen 41(1)(ha) AHC 1987 dan sabit kesalahan boleh didenda antara RM4,000 hingga RM40,000 bagi setiap perekaan berkenaan dengan kesalahan atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.
Mereka juga didakwa masing-masing menjual kelengkapan komunikasi tidak diperakui seperti dikehendaki oleh Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 iaitu 20 unit Android Box jenama K&R dan lapan unit Android Box jenama K&R T9 Set Top Box dan SVICLOUD Model 3 Pro.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(1) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang boleh dihukum berpandukan Peraturan 16(3) peraturan sama, sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM300,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Tuck Keong pula didakwa bersubahat dengan Hock Chuan dan Jun Tian melakukan kesalahan seperti pertuduhan dihadapi mereka yang dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan.
Kesalahan itu dilakukan di kiosk berkenaan di sebuah pasar raya di Peringgit, Melaka, pada 25 Oktober 2021, antara jam 1.10 tengah hari hingga 1.30 tengah hari.
Mengikut fakta kes, serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Ibu Pejabat Polis Kontinjen Bukit Aman bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta pengadu, Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) di kiosk terbabit dan mendapati ketiga-tiga tertuduh melakukan kesalahan seperti pertuduhan.
Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasaruddin, manakala Hock Chuan diwakili peguam Vinson Tay dan Tuck Keong serta Jun Tian diwakili peguam Goh Han Koon dan Milavieri Virginia Chong Yeng Nee.
Ketiga-tiga tertuduh merayu dikenakan denda ringan melalui peguam masing-masing atas pelbagai alasan, namun pendakwaan memohon hukuman setimpal.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda keseluruhan RM13,500 atau tujuh bulan penjara jika gagal membayar terhadap Hock Chuan, manakala Tuck Keong RM20,000 atau 10 bulan penjara dan Jun Tian RM5,500 atau tiga bulan penjara.
Sumber: Berita Harian
Foto: Harian Metro