Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Jual Asing Kot Kak” - Kuih Tart Nenas Tapi Tak Ada Nenas? Pembeli Buntu, Tak Sangka Bila…

Hanafis Haris
12/04/2022 00:41 MYT

Seeorang wanita berdepan detik melucukan apabila kuih raya bernilai RM22 yang dibelinya tidak ‘seindah’ yang diperkatakan.

Menerusi satu video dimuat naik di TikTok, wanita itu berkongsi momen yang mana kuih tart nenas dibelinya agak tidak cukup sifat.

Ini kerana ada di antara lapisan kuih berkenaan tidak mempunyai inti nenas.

Dalam erti kata lain, ada tart nenas yang dibelinya hanya mempunyai bahagian tepungnya sahaja.

“Nenasnya mana. Terkejut saya, kosong? Seriouslah, apa ni,” katanya.

Selain tuan empunya badan, kebanyakan netizen juga turut terkejut apabila melihat kejadian luar biasa berkenaan.

Menurut mereka, wanita itu perlu tegas memulangkan kembali kuih raya tersebut untuk diganti dengan yang baru.

Pun begitu, di sebalik kekecewaan, ramai juga di antara netizen yang meninggalkan komen melucukan.

“Mungkin dia jual macam iPhone, nenasnya jual asing”.

“Mungkin DIY kot kena isi sendiri”.

“Jual asing kot kak, sabarlah semua nak pergi haji ni,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat video penuh di bawah.

undefined


#Viral #TikTok #TartNenas
;