Gaya Hidup

Jual 'Baju Kurung Tak Perlu Gosok', Suri Rumah Dapat Gaji Lima Angka! Ada Capai Sasaran RM1 Juta Setahun

gempak
Amri Hassan
22/09/2022
11:10 MYT
Sponsor Banner
Jual 'Baju Kurung Tak Perlu Gosok', Suri Rumah Dapat Gaji Lima Angka! Ada Capai Sasaran RM1 Juta Setahun
Jenama pakaian tempatan yang sinonim dengan tagline 'Baju Kurung Tak Perlu Gosok', Sabella menghargai lebih 120 usahawan 'droship' yang berjaya membuat jualan RM1 juta setahun dan ke atas pada majlis makan malam, Inner Circl Meeting Sabella 2022 yang diadakan baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd Sufian Sulaiman berkata, kejayaan yang dicapai setiap daripada mereka adalah bukti kerja keras tanpa mengenal erti putus asa biarpun negara baru memasuki endemik.
“Kebanyakan daripada ‘dropship’ Sabella terdiri daripada suri rumah yang mana memang tidak mempunyai asas dalam perniagaan. Tapi, apabila mereka bersama kita, secara perlahan-lahan mereka dapat belajar seterusnya mampu pergi jauh.
“Pada saya, ini adalah usaha dan kerja keras yang wajar diberi pujian. Bukan mudah sebenarnya apatah lagi sepanjang hampir dua tahun ini negara dibelenggu dengan pandemik Covid-19. Namun, mereka tidak pernah putus asa sekali gus membuktikan tidak ada mustahil untuk dilakukan.
“Mencapai jumlah jualan RM1 juta dalam tempoh setahun dan ke atas itu sesuatu yang cukup membanggakan. Semoga kejayaan mereka ini menjadi pendorong buat orang lain untuk terus berjaya,” katanya.

Suri rumah bergaji lima angka

Beberapa rakan kongsi premier Sabella yang menjadi usahawan 'dropship' di bawah syarikat itu menyumbang kepada sumber pendapatan yang lebih stabil serta dilengkapi ilmu perniagaan masa kini.
"Sebelum menyertai Sabella saya adalah suri rumah sepenuh masa. Jadi, dari segi pendapatan itu kalau buat bisnes sebelum ini pun memang tak ada rekod. Tapi alhamdulillah bila buat Sabella saya dah mula ambil gaji saya dah boleh jana pendapatan lima angka sebulan," kata Che Sukma Ayu Yaacob.
"Selama setahun saya bersama Sabella, saya sudah mencapai kejayaan ini. Bagi saya ia adalah satu perkembangan yang agak besar. Sebelum saya dalam agensi pelancongan pun saya punya jualan macam itu tetapi saya nak buktikan yang lelaki juga boleh jual baju perempuan dan fesyen wanita," kata Muhammad Arif Atiq Ahmad Suzaili.

Fesyen show Sabella

Pada majlis sama, Sabella turut mengadakan pertunjukan fesyen untuk memperkenalkan rekaan terbaharu bagi koleksi akan datang.
Sabella juga menyasarkan jualan tahun ini sebanyak RM200 juta selain mengumumkan insentif menarik untuk direbut usahawan 'dropship' apabila mencapai sasaran jualan pada 2023. Ia termasuk pakej percutian ke Ho Chi Minh, Bali dan Turki termasuk sebuah kereta mewah Mercedes A200.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live