Jika diberi peluang untuk memilih kereta Honda atau motosikal Yamaha Y15ZR atau Ysuku, mana satukah jadi pilihan anda?

Bagi instafamous Chazynash, dia memilih motosikal Ysuku berbanding Honda Civic.

Malah, dia telah membuat keputusan untuk menjual kereta Honda Civic 1.5 Turbo miliknya untuk digantikan dengan motosikal berkenaan.

Menerusi posting di Instagramnya semalam, Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah berkongsi foto bersama pembeli Honda Civic terbabit.

"Alhamdulillah, pembeli puas hati dengan kereta. Selamat tinggal Honda Civic, hello Ysuku.

"Tak sabar nak beli Ysuku," katanya pada posting tersebut.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen memberikan komen yang bercampur baur.

Ada yang menyokong tindakan tersebut dan tidak kurang juga yang memberi komen tidak menyenangkan.

Antara komen 'pedas' yang dapat dilihat di ruang komen termasuklah yang melabel Chazynash sebagai 'Mat Rempit Influencer'.

Anda boleh lihat sebahagian komen tersebut di bawah.

Alhamdulillah, buyer puas hati dengan kereta. Babai Honda Civic, helo Ysuku ??? @fatinmorat tak sabaq dah nak pi beli Ysuku. Hehe sabaq k sayang, nanti kita pi showroom Ysuku awak pilih warna. #misijualhondacivicbeliysuku

A post shared by Chazynash (@chazynash) on