Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Jual Mask Ke Kertas Lukisan?" - Aliff Syukri Dikecam Pegang Topeng Muka Tanpa Sarung Tangan

Asraf Aided 16/04/2020 | 09:39 MYT

Foto paparan skrin menunjukkan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri memegang topeng muka (mask) tanpa memakai sarung tangan mendapat kecaman dari netizen.

Berdasarkan pemerhatian Gempak di Twitter, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan cara usahawan kontroversi itu yang dikatakan tidak mengutamakan aspek kebersihan.

Malah, ada juga yang meminta pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengenakan tindakan.

"Kau jual mask ke jual kertas lukisan?

"Kenapa dia pegang mask tu bare hands?

"Pegang mask dengan tangan tanpa glove? Wow..." tulis netizen.

Selain itu, cara Aliff memakai mask dalam foto itu juga mendapat kritikan kerana tidak mengikut cara pemakaian yang betul.

"Tak bersih, pegang mask depan belakang with bare hands, cara pakai mask tak betul, macam mana pula dengan mask lain di kaki dia?

"Tolonglah lantik orang yang berilmu sebagai penasihat Datuk Aliff," tulis @aimdfkying.

Baru-baru ini, Aliff juga dikecam ramai ekoran tindakan pulang ke rumah ibunya, Rozita Ibrahim bersama anak-anak.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati kerana menganggap Aliff tidak patuh pada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) daripada kerajaan.

BACA : "Harap PDRM Buat Tindakan Seadilnya" - Kongsi Foto Ke Rumah Ibu, Netizen Kecam Aliff Syukri Langgar PKP!

#Aliff Syukri #COVID-19 #Mask
;