Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jual Tudung Di Sosial Media, Feeya Iskandar Sebak Bila Netizen Tanya Fasal Gaji Penyampai Radio - “Saja Nak Suruh Kita Menangis…”

Asyikin Mayudin
06/10/2024 12:55 MYT
Gara-gara aktif menjual tudung di laman sosial sejak kebelakangan ini, netizen mula bertanyakan Feeya Iskandar mengenai gaji yang diterima setiap bulan sebagai penyampai radio.

Sebak ditanya soalan

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Feeya atau mesra disapa sebagai Cik Piah berasa sebak apabila menerima pertanyaan seperti itu.

Ujar Cik Piah, pada zaman kini dia tidak boleh berada dalam keadaan selesa dengan hanya bergantung pada satu pekerjaan sahaja dan jika mahu mendapatkan pendapatan lebih, perlulah ada usaha.

“Saja nak suruh kita menangis. Bukan gaji penyampai radio tak cukup. Kita tak boleh selesa dengan satu pekerjaan sahaja. Kalau kita nak pendapatan lebih kita kena usaha lebih.

“Sedih cakap macam itu, bukan soal cukup atau tidak. Ini soal rezeki,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak Malu Eh Hantar Gambar Tak Senonoh?" - Cik Piah

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Tengok F**** Saya Tak?” - Terima Komen Lucah, Tak Senonoh, Feeya Iskandar Bengang

ARTIKEL BERKAITAN: “Sting Aku Yahooo” - Sarat Hamil Lapan Bulan, Feeya Iskandar Mengidam Bau Sabun

ARTIKEL BERKAITAN: Feeya Iskandar Bengang Peniaga Atas Talian Ambil Kesempatan

Bagaimanapun, Cik Piah turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong perniagaannya.

“Semoga yang baik berbalik pada semua,” ujarnya lagi.

Rata-rata netizen di ruang komen perkongsian itu meluahkan rasa setuju dengan kenyataan Cik Piah dan menganggap rezeki tidak akan datang bergolek kalau tidak mempunyai usaha.

A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar)

#Penyampai radio #Feeya Iskandar #Cik Piah #Gaji Cik Piah #Gaji penyampai radio
;