Sejak bekerjasama dengan Geely, jualan Proton terus meningkat dengan pencapaian pada Mei lalu mencatat angka jualan tertinggi dalam tempoh 46 bulan.
Sebanyak 10,611 unit kereta dijual pada Mei, menghasilkan peningkatan sebanyak 51.3 peratus berbanding April dan mendorong pertumbuhan jualan keseluruhan bagi lima bulan pertama tahun ini kepada lebih 70 peratus berbanding tempoh masa sama pada 2018.
Peratusan pegangan pasaran untuk bulan itu dianggarkan pada 17.2 peratus menandakan satu lagi catatan cemerlang PROTON sejak Januari 2016.
Pertumbuhan jualan PROTON yang kukuh pada tahun 2019 diterajui oleh model-model yang menawarkan ciri-ciri pintar.

Penyumbang utama pada pertumbuhan yang kukuh itu ialah Proton X70 selepas 2,439 unit dijual pada Mei dan secara keseluruhan, sebanyak 13,572 unit sudah diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini. Proton X70 juga kekal sebagai peneraju pasaran SUV dalam jualan keseluruhan.
Keberkesanan penawaran ciri-ciri pintar pada model-model Proton yang lain juga jelas dilihat dalam jualan bulan pertama Proton Persona dan Iriz 2019.

Model terdahulu sudah mengakhiri bulan itu dengan jualan sebanyak 2,972 unit, manakala model terkini berjaya memperoleh jualan mengagumkan iaitu sebanyak 940 unit, mencatatkan angka tertinggi setakat ini selama tempoh lebih dua tahun.
Dengan hampir 4,000 unit yang dijual, angka jualan untuk kedua-dua model baharu itu sudah mencapai sebanyak 36 peratus daripada keseluruhan jualan PROTON dan yang lebih penting, dengan lebih daripada 10,000 tempahan diterima setakat ini.

Selain daripada tiga model dengan ciri-ciri pintar, satu lagi model yang menunjukkan kenaikan semula jualan adalah Proton Saga selepas jualannya melepasi 3,000 unit untuk bulan kedua berturut-turut.
Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata, dengan peningkatan jumlah jualan setakat ini sebanyak 70 peratus pada tahun 2019, PROTON menerima hasil untuk pelaburannya pada produk-produk, kakitangan serta cawangan-cawangan jualan.
“Syarikat berharap dapat mengakhiri keseluruhan jualan di tempat kedua dalam bulan kedua berturut-turut apabila angka jualan industri keseluruhan dikongsi oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dan kami yakin dapat mengekalkan prestasi jualan yang mantap sepanjang tahun," katanya.