Tinggal beberapa jam lagi sebelum pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) digegarkan dengan persembahan empat finalis iaitu Heart, Viral, U.N.I dan Janggo.

Keempat-empat kumpulan sebelum ini telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sama ada dari segi penceritaan, muzikal dan juga punchline.

Namun antara keempat-empat bintang MLS2 ini siapakah yang diramal bakal dinobatkan sebagai juara?

Menerusi tinjauan Gempak di media sosial, nama Heart yang sering disebut-sebut netizen sebagai bakal juara.

Rata-rata netizen menyukai cara penyampaian dan jalan cerita yang dipersembahkan Heart. Selain itu mereka juga merupakan antara kumpulan yang kerap mendapat pujian.

Malah Heart juga merupakan kumpulan berada di kedudukan pertama pada minggu separuh akhir Jumaat lalu dengan jumlah markah sebanyak 61.44%.




Bagaimanapun Viral, U.N.I dan Janggo juga tidak kurang hebatnya, masing-masing mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri.

Namun hanya ada satu bintang sahaja yang bakal dinobatkan sebagai pemenang dan ia hanya akan ditentukan di pada malam ini.

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.


Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 KLIK SINI.

Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI