READ
Juara #NinjaChallengeLeague2018, Tetap Berjuang Walau Kesempitan Wang – Ini TIPS Hebat Mat Redho Untuk Menang!
Oleh: Norhaizan Ahmad

Kredit foto: IG matredho
MENCARI orang hebat bukan mudah. Bukan kerana mereka sombong, tetapi mereka ini ibarat padi, makin tunduk makin berisi. Kita bukan mahu mengagung atau mendewakan mereka, tetapi kita mahu kisah-kisah inspirasi ini diangkat supaya ia menjentik sanubari rakyat Malaysia, mudah-mudahan lebih ramai ‘unsung hero’ seperti Mat Redho muncul dalam masyarakat kita.
Kejayaan memenangi tempat kedua program Fear Factor Malaysia 2014 dan beraksi cemerlang dalam pertandingan Sasuke Vietnam (Ninja Warrior) tiga tahun berturut-turut mulai 2016 terus menyuntik semangat Mat Redho untuk muncul juara Ninja Chalengge Leauge 2018.
Pegawai Teknologi Maklumat (IT) ini melakar sejarah sekali gus mengharumkan nama negara selepas menewaskan dua pencabar terdekat, peserta akhir American Ninja Warrior, Jake Murray serta peserta tempatan, Cameron D’ Silva.