Bekas penyanyi nasyid kumpulan In-Team, Suhaimi Saad tetap dengan pendiriannya untuk tidak turun mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) 19 November kelak.

Menerusi siaran tersebut, Suhaimi mendakwa bahawa mengundi itu merupakan satu bentuk perjudian.

“Korang mengundi sebab korang rasa itu wajib, esok Allah tanya korang jawablah. SS (Suhaimi Saad) tak fikir macam tu.

“Aku bumi pun tak sama macam korang. Korang tahu tak orang yang mengundi ambil calon tu keluarkan wang pertaruhan. Judi tahu tak.

“Yang korang dok pergi sokong, pergi bela, pergi undi tu. Tak kira lah parti mana pun. Tanya betul tak ada wang pertaruhan.

“Kalau kalah hangus duit tu. Judi ke tidak? Judi. Itu pemimpin-pemimpin yang berjudi tu korang nak angkat jadi pemimpin? Wakil-wakil rakyat tu? Sorry lah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Suhaimi juga tidak memaksa orang lain untuk mengikuti jejak langkahnya kerana masing-masing mempunyai pandangan dan pemikiran yang berbeza.

"Jangan larang aku cakap tak undi lah. Tak apa lah. Cara kau fikir tak sama dengan SS. Watch out nak mengundi silakan. Esok jawab sendiri depan Allah,” jelasnya.

@matzam9 Reply to @salhnkflaskbf ♬ original sound - MatMeow

Kenyataan Suhaimi itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan pandangan itu.

Antara komen yang diterima:


Terdahulu, Suhaimi memberikan kenyataan tersebut menerusi siaran langsung di laman sosial TikTok.

Bagaimanapun video berkenaan telah pun dipadamkan namun ada netizen yang sempat membuat tangkap layar dan berkongsi kembali di platform yang sama sehingga menjadi tular.