Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Judika Mahu ‘Balas Dendam’ Di Konsert Bersama Siti Nurhaliza - “The Journey Of Sound Akan Menjadi…”

Asyikin Mayudin
21/10/2024 13:55 MYT
Penyanyi terkenal Indonesia, Judika mahu ‘membalas dendam’ menerusi konsert The Journey Of Sound yang akan diadakan bersama penyanyi tersohor Negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bekerjasama

Menurut Judika, konsert yang dijadualkan pada 14 Disember di Stadium Merdeka merupakan peluang baginya untuk menyanyikan beberapa buah lagu dengan Siti Nurhaliza.

“Bagi saya, ini merupakan konsert balas dendam. Sebab waktu konsert Datuk di Axiata saya hanya datang sebagai jemputan. Waktu konsert saya di Indonesia pula Datuk tak dapat hadir sebab jadual padat.

“Jadi, untuk The Journey of Sound akan menjadi konsert balas dendam untuk saya boleh bekerjasama dan menyanyikan bukan satu lagu sahaja dengan Datuk.

“Tak pasti beberapa lagu tapi yang pasti sudah terjawab akhirnya kami boleh bersama-sama di Stadium Merdeka dan mungkin saya penyanyi Indonesia pertama yang menyanyi di sana selepas diubah suai,” katanya kepada Gempak.

Penyanyi versatile

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza turut memberitahu dia sememangnya berasa senang dan selesa berkolaborasi dengan Judika yang dianggap seorang penyanyi versatile.

“Bila bersama dengan Judika, saya boleh rasa benda itu (keserasian) dan perjalanan kami pun sama. Kalau saya minta Judika menyanyikan lagu tradisional pun dia boleh.

“Apa saja, cakap saja lagu atau muzik macam mana, Judika orang yang sangat, semua dia boleh. Dia seorang yang versatile, tak susah untuk saya nak menanyi dan bergabung dengan Judika. Insya-Allah akan menjadi menarik,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel Penyanyi Lelaki Termahal, Judika Dulu Dibayar RM5.80

Dengan bangga pihak penganjur, Universe Gateway mempersembahkan keunggulan kolaborasi perdana Siti Nurhaliza dan Judika sebagai penghibur dalam konsert julung kali berjudul The Journey of Sound.

The Journey of Sound bakal bertemu peminat di Stadium Merdeka pada 14 Disember 2024 dengan harapan besar daripada penganjur yang mahu konsert ini menjadi tanda aras dan penutup tahun 2024 yang sentiasa melestarikan ‘persahabatan’ dua negara menerusi bidang hiburan.

Lebih daripada itu, nama The Journey of Sound juga digunakan bersempena dengan perjalanan karier dan jatuh bangun sepanjang dua anak seni berkaliber ini mencetak sejarah dalam dunia hiburan.

Untuk itu, buat peminat Siti Nurhaliza dan Judika jangan sampai terlepas membeli tiket-tiket dengan harga kategori bermula RM 199 (CAT 5), RM 299 (CAT 4), RM 399 (CAT 3 LOWER / UPPER), RM 499 (SEAT 3), RM 599 (SEAT 2), RM 699 (SEAT 1), RM 799 (ROCK ZONE), RM 799 (VIP ROYAL BOX), RM 899 (VIP ROCK ZONE), RM 1,199 (VIP), RM 1,299 (SUPER VIP).

Penjualan tiket dibuka bermula 12 Oktober lalu dengan pembelian EARLY BIRD akan berlansung daripada minggu pertama sehingga ketiga.

Kesemua kategori tiket boleh dibeli menerusi TICKET2U.COM.MY.

#Konsert #Judika #Siti Nurhaliza #Datuk Seri siti Nurhaliza #Konsert Judika Siti Nurhaliza #The Journey Of Sound
;