Pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar berkongsi kegembiraan bertemu isteri dan anak-anaknya setelah mereka tamat menjalani proses kuarantin 14 hari.
Shuk berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya.
"Alhamdulillah, syukur hari ini saya dapat juga hantar keluarga saya untuk potong gelang.
"Jujur saya cakap, memang terkejut sebab kami tak pernah pergi potong gelang, jadi, ini adalah pengalaman pertama kali dalam hidup saya sekeluarga," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen entri tersebut, beberapa pengikut Shuk tumpang gembira dan bersyukur melihat isteri dan anak-anak pelawak tersebut selamat dari jangkitan wabak COVID-19.
Terdahulu, isteri Syuk, Rossalennah Natassyiah bersama dua anaknya dikuarantin di kediaman mereka selepas pulang dari Sabah baru-baru ini.
BACA : "Ain Nak Sayang Ayah..." - Isteri Shuk Sahar Dikuarantin, Sayu Anak-Anak Merengek Nak Pegang Tangan