Laman Utama

Julia Farhana Dipuji Datang Bersalam Dengan Lufya Omar Di Mahkamah - “Baik Saya Atau Suami, Kami Tidak Mahu Bermusuh Dengan…”

gempak
Asyikin Mayudin
03/03/2023
00:45 MYT
Sponsor Banner
Julia Farhana Dipuji Datang Bersalam Dengan Lufya Omar Di Mahkamah - “Baik Saya Atau Suami, Kami Tidak Mahu Bermusuh Dengan…”
Tindakan pelakon Julia Farhana bersalaman dengan penyanyi Lufya Omar ketika berada di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis menerima pujian netizen di laman sosial.
Julia ketika ditemui media berkata dia sedaya upaya mencuba untuk berbaik dengan bekas isteri kepada suaminya Dr Hafiz itu kerana enggan bermusuh dengan sesiapa pun.
Menurut Julia lagi, dia sebenarnya sudah trauma untuk mengeluarkan sebarang kenyataan terutama di media sosial kerana bimbang ia mendatangkan fitnah dan salah faham.
“Saya sebenarnya cuba, Insya-Allah… baik saya atau pun suami, kami tidak mahu bermusuh dengan sesiapa pun. Kita sebenarnya tak ada masalah untuk bincang di luar mahkamah.
“Saya memang dari dulu lagi sebenarnya tak ada masalah langsung. Cuma saya rasa semua ini timbul daripada salah faham. Jadi, sebab itu saya agak fobia nak berkata-kata di umum.
“Fobia nak cakap apa-apa di Instagram, fobia nak share apa yang membahagiakan kami. Takut menimbulkan fitnah dan salah faham sebab itu kita pilih untuk diamkan diri,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, bekas suami Lufya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum terkejut apabila menerima notis tuntutan mutaah berjumlah RM1 juta yang dituntut oleh penyanyi itu.
Dr Hafiz yang ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis enggan mengulas lebih lanjut berhubung tuntutan yang dibuat oleh bekas isteri pada Oktober tahun lalu.
BACA: Kemelut Masih Berpanjang, Dr Hafiz Terkejut Lufya Omar Tuntut Mut’ah RM1 Juta
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live