Julia Perez Terkejut Ramai Bantu Derma Darah

Rozaimi Zubaidi
Februari 28, 2017 14:01 MYT
Keadaan kesihatan Julia Peres dilaporkan semakin teruk dan dilaporkan memerlukan penderma darah jenis A+ dengan segera.
Berita tersebut turut mengundang simpati beberapa rakan artis Julia dan mereka telah berkongsi mengenainya di akaun Instagram masing-masing.
Mereka turut meninggalkan nombor telefon yang perlu dihubungi.
Bagaimanapun Tribunnews.com melaporkan, selepas berita tersebut tersebar, orang ramai telah tampil ke hospital untuk mendermakan darah mereka.
Julia dikatakan terkejut kerana ramai yang sudi membantu dan prihatin dengan penyakit kanser serviks yang dihidapinya.
Menerusi muatnaik di Instagram miliknya, Julia memberitahu sudah mendapat penderma darah yang sesuai.
Pada ruangan komen, pengikut Julia turut meninggalkan kata-kata semangat kepadanya supaya terus kuat melawan kanser yang dihidapinya itu.
#Penyanyi Indonesia #Julia Peres