Pelakon Julia Ziegler selamat melahirkan cahaya mata kedua petang semalam.

Menurut Julia, bayi lelakinya itu telah dilahirkan dengan berat badan sebanyak 3.58 kilogram.

"Alhamdulillah, bayi lelaki kami seberat 3.58 kilogram selamat dilahirkan pada jam 4.35 petang, 7 Julai 2020," tulis Julia menerusi Instagram Story.



Menerusi tinjauan Gempak, Julia sebelum itu telah berkongsi foto di wad bersalin dalam sebuah entri di laman sosial berkenaan.

Pelakon berdarah kacukan Inggeris ini telah menerima banyak kata-kata semangat dari para pengikut dan kenalannya di ruangan komen.

Tidak kurang juga golongan selebriti seperti Dynas Mokhtar, Raja Ilya, Aaron Aziz dan Faezah Elai yang turut memberi sokongan.

?

A post shared by Julia Ziegler (@zieglerjulia) on


Terdahulu, Julia telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang dikenali sebagai Johan pada 1 Januari 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya sebelum ini iaitu Ivana Johan yang berusia 1 tahun 6 bulan.