Juliana Evans Seronok Bekerja Dengan Rakan Karib
Zulaikha Yusof
05/02/2019 04:58 MYT
05/02/2019 04:58 MYT
Pelakon Che Puan Juliana Evans melahirkan rasa seronok setiap kali bekerjasama berlakon dengan rakan karibnya iaitu pelakon Liyana Jasmay.
Menurut Juliana, personaliti Liyana sendiri membuatkan dia tidak pernah berasa penat ketika berada di set penggambaran.
"Pengalaman bekerja dengan Liyana sangat seronok dan kelakar.
"Personaliti Liyana sendiri membuatkan suasana bekerja tidak terasa penat.
"Kerja dengan rakan karib memang seronok kerana dia tahu apa yang dimahukan sebagai seorang penerbit.
"Sepanjang berlakon dalam filem Bella & Jamie ini, saya tidak merasakan cabaran.
"Cuma saya perlu cuba sebaik mungkin untuk menyampaikan mesej kepada penonton," katanya kepada Gempak.
Juliana ditemui ketika Pra-Tonton Khas Media Filem Bella & Jamie yang diadakan di GSC Pavillion, baru-baru ini.
Tambah Juliana walaupun masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri namun hubungan mereka tidak pernah renggang.
"Kami masing-masing ada kehidupan sendiri.
"Namun bila saling memerlukan, kami kembali seperti dulu kala. Bezanya, kami lebih matang untuk berdepan masalah.
"Kalau saya ada masalah, Liyana mesti nasihat saya perkara yang baik," katanya lagi.