Laman Utama

Juliana Evans, Tasha Shilla Raikan Kenangan Berharga Dan Keindahan Raya Bersama Insan Tersayang

gempak
Mya Amri
18/04/2023
10:45 MYT
Sponsor Banner
Juliana Evans, Tasha Shilla Raikan Kenangan Berharga Dan Keindahan Raya Bersama Insan Tersayang
Sempena bulan Ramadan, Marks & Spencer (M&S) telah melancarkan kempen terbaharu mereka, satu penghormatan kepada nilai kebersamaan dan kegembiraan.
Kempen yang menyejukkan hati ini memaparkan para pelakon dan ibu, Juliana Evans dan Tasha Shilla menggayakan persalinan lebaran dan menikmati pelbagai juadah yang lazat bersama-sama insan tersayang.
Video ini menyaksikan penyatuan mereka pada musim Aidilfitri ini apabila Juliana Evans dan keluarga menyambut kedatangan Tasha Shilla dan keluarga ke rumahnya, dan bersama menikmati pilihan premium M&S.
Kempen ini meraikan semangat musim lebaran dan menggalakkan penonton untuk utamakan meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga dan rakan taulan.
Hubungan ini menyatukan kita dan membawa sumber kebahagiaan dan makna yang berharga.
Musim perayaan semakin hampir, dan kami bersedia untuk memulakan perjalanan yang penuh dengan kemesraan, kasih sayang dan kenangan berharga.
Inilah masanya untuk gelak tawa, perbualan dari hati ke hati, dan berkongsi makanan dengan mereka yang tersayang.
Memperkenalkan rangkaian tawaran premium, M&S ingin menambahkan keceriaan Hari Raya anda dengan makanan yang menyelerakan, pencuci mulut yang lazat dan pakaian yang elegan.
Koleksi Raya M&S dipenuhi dengan khazanah yang menyeronokkan, hanya menanti untuk ditemukan oleh mereka yang ingin menciptakan kenangan manis yang akan diingati selama-selamanya.
Gabungan Gaya Anggun dan Keselesaan
Koleksi fesyen Ramadan M&S sesuai untuk seisi keluarga, tanpa mengorbankan gaya dan keselesaan.
Hari Raya ini, serlahkan gaya fesyen anda seperti Juliana dan Tasha dengan corak terang dan warna yang ceria.
Gaya yang sederhana namun tak lapuk dek zaman sungguh versatil, namun tetap anggun dan sofistikated – sesuai untuk pemakaian dari siang ke malam dengan begitu mudah.
Rangkaian pakaian wanita termasuk blaus yang chic serta gaun midi dan maxi yang mengalir, boleh didapati dalam warna biru lembut, fuchsia, dan hijau damai.
Dihiasi pula dengan bahagian pinggang labuh, bahu puff kembung dan lengan gaya manset, rekaan fesyen ini menyerlahkan lagi keayuan dan kewanitaan si pemakai.
Jadikan Hari Raya ini lebih istimewa dengan shapewear yang direka khas supaya anda tampil anggun dan bergaya sepanjang hari.
Daripada seluar pendek berpinggang tinggi hingga korset membentuk, koleksi ini tersedia untuk pelbagai jenis bentuk badan dan pakaian.
Video terkini daripada M&S bukan sahaja menampilkan koleksi Hari Raya yang diperagakan oleh Juliana Evans dan Tasha Shilla, tetapi juga koleksi terbaharu pakaian lelaki dan pakaian kanak-kanak.
Koleksi pakaian lelaki M&S menampilkan baju-baju yang wajib ada dalam koleksi pakaian anda, seperti seluar chino dan kemeja Oxford 100% kapas.
Untuk penampilan yang ringkas pula, rangkaian linen M&S menyediakan baju kemeja yang diperbuat khas daripada fabrik tulen, kolar klasik dan plaket butang tersembunyi agar tampak segak.
Bagi yang mahukan gaya yang kasual, kasut trainer dan loafer Marks & Spencer adalah pilihan terbaik untuk rupa yang kemas dan tampan.
Menampilkan personaliti anak-anak dengan koleksi pakaian kanak-kanak M&S.
Kanak-kanak perempuan bergerak selesa dalam gaun bercorak bunga dan skirt beropol-ropol yang menawan manakala kanak-kanak lelaki boleh bermain dalam pelbagai baju kapas ciri jalur dan bersulam, yang dipadankan dengan seluar pendek chino kapas.
Bermula dari 7 sehingga 24 April, pembeli boleh menunjuk gaya hebat dengan harga yang berpatutan melalui promosi Spend and Save Marks & Spencer.
Nikmati potongan RM50 untuk setiap perbelanjaan RM350, serta diskaun RM100 untuk setiap perbelanjaan RM600.
Seleksi Wajib Hari Raya
Rumah terbuka Hari Raya tidak lengkap tanpa hidangan manis dan savoury.
Jamulah tetamu anda dengan biskut klasik Marks & Spencer, yang amat sesuai disajikan dengan teh atau kopi.
Banyak pilihan boleh didapati seperti Digestive Biscuits, Rich Tea Biscuits dan Almond Biscuits. Mix and match beraneka jenis pilihan ideal untuk tetamu anda.
Selain itu, dengan pembelian tiga atau lebih pek biskut berkualiti tinggi ini, anda boleh menjimatkan 15%.
Snek dan pencuci mulut daripada Marks & Spencer tentunya menjadi kegemaran ramai. Cheese Twist, Redcurrant Puff dan Belgian Chocolates dibuat dengan bahan-bahan premium dengan penuh teliti bagi memastikan pengalaman yang lazat dan memuaskan dalam setiap gigitan.
Sama ada anda melayan tetamu atau mencari hidangan istimewa untuk diri sendiri, produk kegemaran ini pasti menarik perhatian anda.
Jadikan meja pencuci mulut anda tumpuan utama dengan sajian rangkaian mini bites Marks & Spencer seperti Chocolate Brownie, Chocolate & Orange dan Chocolate Cornflakes, yang dijamin dapat mengukir senyuman di wajah tetamu anda.
Dengan promosi beli dua pada harga RM57 (mix and match), tetamu anda tentunya akan puas hati dengan pilihan pelbagai perisa yang menarik.
Berkat Berkongsi Rezeki
Para pembeli boleh pilih antara 7 pilihan hamper, seperti Festive Treat, Raya Selection, Fancy Treats, Luxurious Selections, Extravagant Selections, Lavish Indulgence (dalam gambar) dan Delightful Opulence.
Hamper ini berharga antara RM199 dan RM999. Hamper edisi terhad ini boleh dibeli secara dalam talian di https://www.mnshamper.com/ serta di stor M&S seluruh negara bermula 22 Mac.
Spin and Win
Sempena Hari Raya ini, M&S Suria KLCC akan melancarkan peraduan Spin and Win bermula 7 sehingga 16 April.
Pelanggan perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM280 dalam satu resit bagi mendapatkan peluang memutar roda untuk memenangi pelbagai hadiah dan tawaran yang menarik.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai koleksi Ramadan terbaharu ini, lawati outlet M&S di seluruh negara atau secara dalam talian di https://www.marksandspencer.com/my/ dan ikut M&S di Instagram, Facebook dan TikTok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024