Hiburan

Jumlah Mencecah Kepadatan Penduduk Malaysia, Haqiem Rusli Nafi Beli Undi!

gempak
Hanafis Haris
14/11/2020
08:42 MYT
Sponsor Banner
Jumlah Mencecah Kepadatan Penduduk Malaysia, Haqiem Rusli Nafi Beli Undi!
Semalam penyanyi muda Haqiem Rusli dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 33 (ABP33) selepas menerima undian melebihi 22 juta.
Jumlah secara terperinci adalah 22,332,676 dan ia hasil kutipan sepanjang tempoh undian sejak awal bulan lalu hingga 8 November.
Walaubagaimanapun, jumlah tersebut dikatakan terlalu tinggi dan ada yang mendakwa ia menghampir jumlah penduduk Malaysia iaitu sebanyak 32.7 juta.
Sehubungan itu, timbul persoalan dan dakwaan mengatakan penyanyi yang terkenal dengan lagu Tergantung Sepi itu membeli undi.
Namun, ketika sidang media yang berlangsung usai ABP33 malam tadi, Haqiem menafikan tomahan tersebut sebaliknya kemenangan itu merupakan hasil titik perlu peminatnya.
“Demi Allah saya tak keluar satu sen pun. Semuanya atas usaha peminat dan kelab peminat saya iaitu Qiemilio.
“Qiemilio buktikan yang mereka sangat setia kepada saya. Mereka nak sangat lihat saya menang kali ni.
“Alhamdulillah mereka pun sudah berusaha keras. Begitu juga kelab peminat lain, mungkin tahun ini rezeki saya dan mana tahu tahun depan rezeki orang lain pula.
“Jadi tiada istilah saya beli undi, semua hasil kerja keras peminat,” katanya.
Tambah Haqiem, dia juga tidak menyangka undian terhadapnya itu melebihi 22 juta.
“Memang saya tak sangka, sebab sebelum ni saya dapat tahu pemenang tahun lepas dapat enam juta pun dah tinggi.
“Apapun syukur, saya bangga dengan usaha peminat khususnya Qiemilio,” katanya.
Kemenangan penyanyi itu melayakkan Haqiem membawa hadiah berupa sebuah kereta Nissan Leaf berharga RM181,263 berserta trofi.
Selain itu Haqiem turut memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia yang menyaksikan penyanyi itu memecah dominasi Khai Bahar yang tiga tahun berturut-turut memegang takhta itu.
BACA: Dapat Lebih 22 Juta Undian, Haqiem Rusli Bintang Paling Popular ABP33
Sekadar info, penduduk Malaysia tahun ini dianggarkan berjumlah 32.7 juta orang berbanding 32.5 juta pada 2019 dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak 0.4 peratus.
Penduduk lelaki melebihi jumlah perempuan dengan masing-masing sebanyak 16.8 juta dan 15.9 juta, dan nisbah jantina adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live