Hiburan

Jumlah Pendapatan Tersebar, AirAsia Bayar Neelofa Hampir RM280,000, Bertuahnya

gempak
Azwa Rahman
12/02/2020
06:00 MYT
Sponsor Banner
Jumlah Pendapatan Tersebar, AirAsia Bayar Neelofa Hampir RM280,000, Bertuahnya
Usahawan berjaya Neelofa dilaporkan menerima jumlah pendapatan sebanyak RM279,375 selaku Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dalam senarai Ahli Lembaga Pengarah syarikat penerbangan tambang murah AirAsia.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @cocorello berkongsi maklumat tentang jumlah pendapatan yang diperolehi oleh Ahli Lembaga Pengarah.
“Semalam saya mendedahkan Neelofa sebagai Safety Review Board pada tahun 2018 dan dia menjana RM279,375 tidak termasuk elaun sebanyak RM8,000. Ini resitnya.
“Anda juga boleh tengok seberapa banyak Tony Fernandes dan Kamaruddin Meranun jana untuk tahun 2018, masing-masing RM22.1 juta dan RM21.9 juta,” tulis pengguna itu menerusi satu kicauan.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya tidak mempersoalkan jumlah pendapatan yang diterima memandangkan AirAsia merupakan sebuah syarikat penerbangan yang kukuh.
“Jadi apa masalahnya? Sejak bila dapat gaji tinggi dah jadi isu sekarang?” kata seorang wargamaya.
“So? I tak nampak apa-apa yang salah pun terima pendapat yang banyak macam tu,” komen seorang wargamaya.
Namun, ada juga yang mempersoalkan kredibiliti Neelofa sebagai ahli lembaga Safety Review Board AirAsia apabila mengetahui latar belakangnya yang bukan berasal daripada bidang penerbangan.
“Saya lebih tertarik nak tahu apa sumbangan Neelofa pada Safety Review Board sebab latihan yang dia hadir hanyalah yang mandatori sahaja,” ulas seorang wargamaya.
“Safety review? Wait what?” tanya seorang wargamaya.
Sekadar info, Neelofa menyertai keluarga AirAsia sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada Disember 2017.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live